KONGSI NIKMAT BERAS BERSAMA

RM370 / 0.74 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

23 Penyumbang

72 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami akan menyumbangkan sejumlah beras kepada keluarga yang memerlukan dan memastikan setiap isi rumah yang mendapat sekurang-kurangnya makanan asas. Jom bersama kami!


Kami menyasarkan untuk menyumbang sejumlah 5000 kampit beras 5kg. Modal beras sejumlah RM65,000.00 diperlukan. Kami membawa 4 orang ahli bagi setiap program iaitu sukarelawan. Kami dijangka akan menjelajah ke 12 buah negeri di dalam Semenanjung iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan dianggarkan setiap negeri akan mendapat 400 kampit beras.



Mengapa beras yang dipilih sebagai tema utama kempen ini?


Seperti yang kita semua sedia maklum, beras adalah makanan ruji bagi penduduk Malaysia. Sifat asas beras yang mampu tahan lama dan dapat membekalkan sumber karbohidrat yang tinggi mampu untuk membekalkan tenaga yang diperlukan dalam mengharungi kehidupan seharian. Kempen akan dimulakan pada September 2023 bermula di daerah Jasin Melaka, melibatkan 100 kampit beras 5 kg dan 10 kit makanan menggunakan dana kelab.



Jadual perjalanan kempen


1. Melaka September 2023

2. Negeri Sembilan Oktober 2023

3. Johor November 2023

4. Selangor Disember 2023

5. Kuala Lumpur Januari 2024

6. Perlis Februari 2024

7. Kedah Mac 2024

8. Pulau Pinang April 2024

9. Perak Mei 2024

10. Kelantan Jun 2024

11. Terengganu Julai 2024

12. Pahang Ogos 2024


Tentatif program September 2023 (Melaka)


Menyasarkan untuk membekalkan 100 kampit beras 5 kg ke sekitar kampung di dalam daerah Jasin, Melaka. Kampung yang terlibat adalah:


1. Kampung Kesang Tua

2. Kampung Kemengkang


Kami akan menyumbangkan sejumlah beras kepada keluarga yang memerlukan dan memastikan setiap isi rumah yang mendapat sekurang-kurangnya makanan asas. Sekaligus kami menyediakan persekitaran yang lebih baik dan sihat. Kami akan menjelajah ke seluruh semenanjung Malaysia bagi memberikan sumbangan beras.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM150.00

Apr 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 13, 2023