KONGSI REZEKI BERSAMA ANAK YATIM DAN ASNAF DI BULAN YANG MULIA

RM825 / 16.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

46 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang menerima infak kamu, kerana amalan anda asbab membantu merekalah yang akan membantu mempermudahkan urusan anda di akhirat kelak.

Assalamualaikum dan Salam Ramadan. Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Di samping itu, di bulan ini tersedia pelbagai jenis ganjaran dan keistimewaan yang boleh kita kecapi.


Sesungguhnya doa orang yang berpuasa ketika berbuka tidaklah tertolak”. HR Ibnu Majah


Doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT. Ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa kerana Allah SWT.



Apatah lagi doa daripada anak-anak yatim yang sentiasa meminta disayangi dan dipeduli oleh kita. Mungkin kita yang dihantar oleh Allah sebagai kiriman untuk membantu mereka yang mungkin ada ketika dalam keadaan terabai, malah mungkin teraniaya.



Bantuan adalah didalam pelbagai bentuk,jika tiada wang mungkin kudrat, malah perhatian juga adalah bantuan dimana dari perhatian mereka mendapat pembelaan.



Dibulan yang mulia ini, IKRAR BANTU menjalankan misi mencari anak-anak yatim dan asnaf untuk diberi perhatian dari segi persiapan mereka semasa Ramadan dan menyambut Syawal. Sebagai anak-anak, pasti mereka ingin menyambutnya seperti kanak-kanak lain, ingin berbuka puasa yang sedap-sedap dan menyambut Syawal dengan serba baharu.


IKRAR BANTU menyasarkan RM5000 untuk diberikan secara tunai kepada 30 anak-anak yatim dan asnaf agar mereka dapat berbuka puasa dengan apa yang dihajati atau membuat persiapan Aidilfitri. Lokasi adalah di sekitar Alor Setar, Pendang dan Kuala Kedah.


Sedekah adalah amalan mulia, terutamanya dalam kalangan berkemampuan kerana ia bukan sahaja dapat mempertingkatkan keimanan tetapi ia juga dapat membantu golongan susah yang sangat memerlukan pertolongan. Mari bersama-sama IKRAR BANTU dalam menjayakan kempen ini.


Semoga segala amalan kita dibulan yang mulia ini diterimaNya.

Jazakallahu khairan kathira.

Jom #BuatBaik

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 25, 2022

Kempen Sumbangan Tamat