Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,222 / 12.22 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
47 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Rayuan Kecemasan Gaza: Bantuan Makanan untuk Saudara Kita yang Kelaparan
Situasi di Gaza kini berada pada tahap paling kritikal. Lebih 54,000 nyawa telah terkorban akibat serangan berterusan, majoritinya wanita dan kanak-kanak. Sekatan ketat telah menghalang lebih 83% bantuan makanan daripada memasuki Gaza, menyebabkan hampir keseluruhan penduduknya berisiko kelaparan.

Sekatan di lintasan Rafah dan Kerem Shalom telah menyebabkan bantuan makanan dan perubatan terhenti sepenuhnya. Pusat pengedaran makanan di Rafah terpaksa ditutup akibat kekurangan bekalan dan keadaan keselamatan yang tidak menentu.

ASAR Humanity telah lama menyalurkan bantuan ke Gaza dan akan terus berusaha tanpa henti. Melalui kempen ini, kami memfokuskan kepada penghantaran makanan dalam tin dan makanan segera yang tahan lama bagi membantu keluarga yang terputus bekalan makanan.

"Dan Allah akan sentiasa menolong hamba-Nya selagi hamba itu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim)
Setiap sumbangan anda akan digunakan untuk:
1. Membeli dan menghantar makanan dalam tin serta makanan segera ke Gaza.
2. Menyokong logistik penghantaran bantuan ke kawasan yang paling terjejas.
3. Memberikan harapan kepada mereka yang sedang berjuang untuk terus hidup.
Marilah kita bersama-sama membantu saudara-saudara kita di Gaza. Dengan izin Allah, setiap sumbangan anda akan membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

ASAR Humanity – Terus Berdiri Bersama Palestin
Kami tidak menentang mana-mana negara yang menjaga keselamatannya, termasuk Mesir. Tetapi kami juga tidak dapat menafikan hakikat bahawa di sebalik tembok sempadan itu, manusia sedang mati perlahan-lahan. Kami menuntut agar tindakan kemanusiaan diutamakan. Pintu bantuan mesti dibuka, suara mereka mesti didengar.
Dunia tidak boleh terus berdiam diri.
Kita tidak boleh hanya menonton sambil pembunuhan beramai-ramai ini berlaku di depan mata kita. Diam juga adalah satu bentuk sokongan terhadap kezaliman.
"Sesiapa yang tidak peduli akan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka."
— (Hadis Riwayat Al-Hakim)
Jangan biarkan penderitaan Palestin dilupakan. Jangan biarkan suara mereka dibungkam. Bersama kita salurkan bantuan, bersama kita suarakan keadilan.
#BersamaPalestin
#KemanusiaanTanpaSempadan
#JanganDiamAtasKezaliman

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jun 09, 2025
MEOR ROSAZMAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 06, 2025