KONGSI REZEKI RAMADHAN SYAWAL

Dimulakan pada:
16 Feb, 2023
KONGSI REZEKI RAMADHAN SYAWAL
3.35%
RM335
/RM10,000
14
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui kebimbangan, kesusahan dan kesedihan seorang bapa dan seorang ibu apabila tiada simpanan dan tiada pendapatan untuk dibelanjakan untuk kelangsungan hidup.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lagi beberapa hari sahaja nak menjelang Ramadhan. Kita yang berkemampuan ni sangat lah teruja. Siap beli barang kelengkapan dapur untuk memasak siap siap. Mereka sudah fikir menu harian nak masak apa untuk juadah berbuka puasa. Tapi lain pula nasib dengan sahabat Islam kita yang tidak berkemampuan seperti kita. Kehidupan seharian pun belum tentu cukup makan pakai. Berbuka puasa pun cukup lah dengan apa yang ada dan tidak semewah kita.

Kalau kita dapat melihat bagaimana kehidupan seharian mereka sudah tentu kita akan rasa sangat bersyukur. Melihat anak-anak dari golongan ini, mereka tidak mengerti apa itu kesusahan. Mereka asyik bermain dan bergembira. Mereka makan apa sahaja yang dibawa pulang oleh si bapa dan apa sahaja lauk yang dihidang ibu. Sangat memilukan apabila melihat kesedihan si bapa tidak dapat digambarkan apabila tidak dapat memenuhi keperluan anak dan isteri.

Bulan yang hendak dirai akan tiba tidak lama lagi, Ramadhan dan Syawal. Maka, bertambah kusutlah fikiran si bapa dan si ibu. Bagaimana mereka hendak menyediakan keperluan makan dan minum di bulan Ramadhan dan persediaan menyambut kemeriahan bulan Syawal? Oleh itu, kami di Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan Malaysia sedang berusaha mengumpul dana melalui kempen Kongsi Rezeki Bulan Ramadhan & Syawal 1444. Sumbangan dalam bentuk makanan asas ini akan disalurkan kepada kumpulan sasar yang memerlukan sebelum bulan Ramadhan dan Syawal.

Semoga dengan sumbangan dari umat Islam seluruh Malaysia ini akan memberi ketenangan dan peluang kepada mereka untuk beribadah di bulan yang penuh berkah ini. Jom rebut peluang terbaik ini. Bukan jumlah yang dikira tetapi kesudian anda untuk menyumbang itu dipandang tinggi di sisi Allah. Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda:

"Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.” (HR Muslim)

Justeru, Pertubuhan Cinta Tanpa Sempadan Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk membuka ladang amal penginfaq dan penyumbang yang berhajat untuk merebut pahala sedekah seperti hadis di atas.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2023
SITI ROHAIDAH MUSTAPA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 20, 2023
AZMAN ABDULLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 18, 2023

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

INFAK IQRA
INFAQ UNTUK MEMBELI BUKU PERPUSTAKAAN PELAJAR ISLAM
BANTU SEKOLAH DI PEDALAMAN INDONESIA
BERI PENDIDIKAN LAYAK UNTUK YATIM DHUAFA BISA TERUS SEKOLAH
INFAQ PEMBELIAN KERUSI LIPAT UNTUK PELAJAR PENDIDIKAN ISLAM
Kempen Sumbangan Tamat