MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Nov 24, 2023

BANTU KOS BAIK PULIH BUMBUNG ASRAMA PELAJAR TAHFIZ

RM470 / 15.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH BERBUAT KEBAIKAN TERHADAP ANAK-ANAK ASNAF DAN YATIM DENGAN MENYUMBANG BAGI KOS BAIK PULIH BUMBUNG DI ASRAMA YANG MEREKA TINGGAL.


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon sumbangan daripada semua yang prihatin untuk kos baik pulih bumbung asrama pelajar perempuan di maahad yang telah uzur, rosak dan dimamah usia. Keadaan bumbung asrama yang uzur ini menimbulkan kerisauan di hati para pelajar kami ketika berlakunya hujan lebat beserta angin kuat yang boleh mengakibatkan kebocoran di dalam asrama yang 20 orang pelajar perempuan di sini diami..




Sehubungan itu, pihak maahad memerlukan sumbangan daripada orang ramai bagi membaiki dan menukar bumbung yang mengalami kerosakan serius. Kebocoran yang berlaku semasa hujan lebat dan angin kuat telah menjejaskan keselesaan serta keselamatan pelajar perempuan yang tinggal di asrama. Kami merayu kepada semua yang prihatin untuk bersama-sama menyumbang bagi membantu menampung kos baik pulih bumbung asrama ini.



Mulai RM10 ayuh turut serta dalam usaha ini sebagai peluang untuk menabung saham akhirat. Melalui sumbangan yang dihulurkan pihak kami akan terus memperbaiki dan meningkatkan fasiliti di Maahad, dengan harapan untuk menciptakan persekitaran tempat pengajian yang selesa dan selamat bagi pelajar kami.




Akhir kata, dengan menyokong kempen ini, saudara-saudari tidak hanya menyumbang kepada pembinaan bumbung asrama yang baru, tetapi juga membantu membentuk masa depan generasi yang gigih menuntut ilmu agama. Kami menghargai setiap sumbangan yang diberikan dan percaya bahawa bersama-sama kita dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan kehidupan pelajar di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah. Jazakumullahu khairan jaza.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 30, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 28, 2023

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 28, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Nov 28, 2023

Kempen Sumbangan Tamat