TAHFIZ AL ISTIQOMAH LILBANAT

Dimulakan pada Jun 02, 2022

SUMBANGAN KOS OPERASI TAHFIZ AL ISTIQOMAH LILBANAT

RM1,475 / 1.84 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000

73 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Cuma dengan sedikit sumbangan, anda menempah rumah di syurga. Apa yang anda perlu buat kini adalah menjaga hubungan dengan Allah dan terus lakukan kebaikan. Semoga sedekah ini,dosa lama terhapus dosa.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam banyak-banyak amalan kebaikan, akan ada manusia ketika di dunia dulu sangat berat untuk bersedekah. Namun, ketika menghadapi saat kematiannya, dia merayu kepada Allah supaya ditangguhkan seketika supaya dia dapat berbuat demikian. 



Menerusi firman Allah yang bermaksud: “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: “Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.” (Surah al-Munaafiquun, ayat 10).



Manusia hanya akan tahu kehebatan dan ketinggian amalan sedekah itu selepas mereka meninggal dunia. Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa. Ingatlah, segala harta dunia yang kita pakai atau pegang ketika ini belum tentu menjadi milik kita. Yang pasti, setiap sen atau harta diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi pelaburan di akhirat kelak di mana kebaikannya berkekalan.



Zahirkan kesyukuran kita semua dengan berkongsi rezeki kita buat mereka yang memerlukan. RM10,000.00 diperlukan setiap bulan untuk kos operasi bulanan Tahfiz Al-Istiqomah. Anak-anak ini kini belajar dalam keadaan yang kurang selesa. Kos ini diperlukan untuk memberikan keselesaan kepada setiap anak-anak Tahfiz Al-Istiqomah. Ayuh kongsikan sedekah anda bersama anak-anak ini.



Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)”

(Hadis Riwayat Bukhary 5/270)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 01, 2022

ABD AZIZ MOKTAR

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2022

ROMY AZHAR BIN ABDUL RAHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 28, 2022

Kempen Sumbangan Tamat