ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 23, 2024

INFAQ KOS PERKHIDMATAN KESIHATAN WARGA EMAS DI PEDALAMAN

RM100 / 3.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom berinfaq untuk kos perkhidmatan kesihatan warga emas di pedalaman yang tak berkemampuan.


Di pedalaman Nusa Tenggara Timur, terdapat seorang wanita tua bernama Nenek Maria Nuang, yang mesra dipanggil 'Nde Iyan'. Kehidupannya kini penuh dengan keterbatasan, tinggal bersama anak dan cucu, menjadi janda tua yang kini hanya mampu tinggal di rumah mereka. Anak cucunya bukan juga dari kalangan yang berkemampuan. Nde Iyan, dengan keadaan fizikalnya yang terhad, hanya mampu duduk dan berjalan dalam jarak yang sangat singkat.



Walau bagaimanapun, batasan ini bukan sahaja terhad kepada fizikal. Penglihatan Nde Iyan yang semakin merosot akibat usia, menambahkan lagi beban dalam hidupnya. Seolah-olah terperangkap dalam keterbatasan, Nde Iyan hanya mampu pasrah dengan keadaannya, sambil mengharapkan seorang teman baik akan datang membawa sinar dalam kehidupan gelapnya.



Nde Iyan hanyalah salah satu contoh warga emas yang masih bertahan, di pedalaman sini masih ada Nek Tija, Kakek Usman dan warga emas lain yang hidupnya kesusahan. Dalam keadaan susah ini, marilah kita membantu Nde Iyan dan warga emas lain di pedalaman. Melalui kempen bantuan perkhidmatan kesihatan untuk warga emas, kita boleh memberi mereka harapan dan kehidupan yang lebih baik.



Dengan bantuan daripada dermawan, hasil sumbangan akan diagihkan dalam bentuk pemeriksaan kesihatan dan pampasan rawatan perubatan. Dengan cara itu, Nde Iyan dan warga emas lain di pedalaman dapat menerima penjagaan yang sewajarnya di masa tua.



Sumbangkanlah sedikit rezeki anda mulai dengan RM10 untuk membantu Nde Iyan dan warga emas di pedalaman agar mereka dapat hidup dengan lebih bermaruah dan bahagia. Mari berganding bahu memberikan kehidupan yang lebih baik untuk Nde Iyan dan mereka yang memerlukan di pedalaman. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Amin, Rabbal Alamin. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

BEH JIN YEE

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 30, 2024

CARMEN YONG KEAH GING

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 24, 2024

Kempen Sumbangan Tamat