YAYASAN AL BAGHDADI

Dimulakan pada May 16, 2023

INFAQ KOTAK MAKANAN

RM440 / 4.40 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kongsi Kasih Kotak Makanan adalah sumbangan keperluan makanan seharian bagi meringankan bebanan warga asnaf. Salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Yayasan Al Baghdadi dalam misi kemanusiaan.


Kongsi Kasih Kotak Makanan adalah sumbangan keperluan makanan seharian bagi meringankan bebanan warga asnaf. Ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan oleh Yayasan Al Baghdadi Malaysia (YABM) dalam Misi Bantuan Kemanusiaan.



Amalan memberi makan adalah amat digalakkan terutamanya kepada mereka yang fakir miskin dan anak yatim. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya:


وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا


"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan."

(Surah al-Insan 8)



Di dalam hadis Nabi SAW, turut dijelaskan berkenaan keutamaan sedekah memberi makan ini. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Salam, ketika mana Nabi SAW sampai ke kota Madinah, Baginda SAW bersabda:


يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلاَمَ ، وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ ، وَصِلُوا الأَرْحَامَ ، وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ


“Hai orang ramai. Sebarkanlah salam, berilah makan, sambunglah silaturrahim dan solatlah di waktu malam ketika mana manusia sedang tidur. Nescaya kamu dapat masuk Syurga dengan sejahtera dan selamat.”

(Riwayat al-Tirmizi (2485), Ibnu Majah (3251) dan Ahmad 5/451)



Justeru, jelas bahawa amalan memberi makan ini sangat dianjurkan di dalam Islam dan sesungguhnya ia satu amalan yang mulia yang dijanjikan pahala. Alhamdulillah kita masih dapat menikmati makanan yang sedap bersama keluarga.


1. Ibu tunggal tanggung anak

2. Orang tua tiada penjaga

3. Anak Yatim

4. Mereka kerja gaji hari

5. Mereka dibuang kerja

6. Gelandangan



"Sesungguhnya amalan memberi makan menunjukkan hilangnya rasa takut dan kefakiran, sehingga akhirnya menjadikan hati sesama umat Islam akan semakin dekat dan hubungan silaturrahim akan terjalin semakin kuat. "(Lihat Bahjah al-Nazirin Syarh Riyadh al-Salihin, 2/64)


Jom #BuatBaik!



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 29, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

May 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat