ABDUL KARIM CHARITY FOUNDATION

Dimulakan pada Mar 01, 2023

SUMBANGAN KOTAK RAMADHAN UGANDA

RM85 / 1.06 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dalam menjalani ibadah puasa ini, jangan lupa bersedekah kepada yang tidak berkemampuan. Saudara seIslam di Uganda perlukan bantuan kita mendapatkan makanan berbuka puasa dengan lebih baik.


Marilah kita bersama-sama menderma bungkusan makanan dan pengagihan sepanjang Ramadhan agar kita dapat memberi jawapan apabila Allah bertanya kepada kita apa yang telah kita lakukan untuk membantu umat Islam yang memerlukan di Uganda. Rasulullah SAW bersabda:


"Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun." Sahabat berkata: "Wahai Rasulullah! Sebahagian daripada kami tidak cukup untuk berbuka puasa yang lain." Kemudian Nabi SAW bersabda: "Allah memberikan pahala ini walaupun kepada orang yang memberi seteguk susu kepada orang yang berpuasa."



Ramadan adalah salah satu bulan yang hebat di mana ramai umat Islam berbelanja di jalan kebaikan dan ladang kebajikan sebanyak yang mereka boleh untuk mengikuti teladan Rasulullah (SAW) yang biasa menghabiskan bulan Ramadan dengan bersedekah.



Mari bantu saudara-saudara kita yang memerlukan dengan memberi makan berbuka puasa sepanjang Ramadan di Uganda Afrika. Sebahagian daripada kita mungkin tidak mampu untuk menganjurkan majlis makan malam berbuka puasa besar-besaran, menderma iftar ke masjid tempatan atau memberi makan kepada keluarga miskin untuk bulan tersebut. Namun, itu tidak bermakna kita perlu terlepas pahala menyediakan juadah Ramadan walau dalam jumlah yang kecil.



Kelebihan sedekah di bulan Ramadhan menyamai tujuh puluh kali ganjarannya daripada bulan selain Ramadhan menurut Hadits Bara' dan lainnya. Pahala sedekah di bulan Ramadhan dilipat gandakan dan pahala amal soleh secara umum dapat dilipat gandakan di bulan Ramadhan oleh Allah SWT, termasuk sedekah.



Sumbangan anda juga akan membantu menyokong program sambutan Aidilfitri untuk masyarakat Islam yang memerlukan. Kami percaya setiap Muslim yang memerlukan berhak untuk tersenyum terutamanya semasa hari raya dan semasa berbuka puasa. Ia hanya mengambil masa seminit untuk menderma tetapi kesannya boleh bertahan seumur hidup. Gandakan ganjaran anda dengan menderma kepada kempen ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat