BANTUAN KECEMASAN MANGSA BANJIR DI KG AIRPORT KUNAK SABAH

RM256 / 0.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita bersama sama membantu mengurangkan beban mereka yg dilanda musibah banjir. Semoga dengan sumbangan ini dapatlah sedikit sebanyak membantu mereka inshaaAllah.


Sumbangan dana bantuan kilat untuk mangsa banjir di Kampung Airport Kunak Sabah yang dilanda musibah banjir yang sangat teruk baru-baru ini dan kemungkinan akan berlaku sekali lagi pada hujung tahun ini ataupun awal tahun depan. Jom bersama kami, menghulurkan bantuan kepada mereka.



Seramai 66 mangsa banjir dipindahkan di Kunak melibatkan 13 Ketua Isi Rumah (KIR) terjejas banjir selepas kampung mereka mula dinaiki air awal pagi tadi. Kesemua mangsa terdiri daripada 15 orang lelaki dewasa, 19 perempuan dewasa, 5 warga emas (lelaki) dan 8 warga emas (wanita). Selain itu, terdapat 7 kanak-kanak (lelaki), 6 kanak-kanak (perempuan) serta 6 bayi ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sebuah dewan di kampung berkenaan.



Bencana banjir telah melumpuhkan banyak daerah di Sabah Malaysia ini. Ribuan penduduk terjejas dan mereka kini sedang menanti bantuan untuk meneruskan kehidupan. Kami di sini terpanggil untuk sama-sama menggerakkan terus bantuan buat insan-insan yang memerlukan ini dan berharap agar semua diluar sana dapat bertahan sehingga bantuan sampai dengan segera. Semoga dengan sedikit sumbangan daripada anda boleh mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat bencana banjir ini.



Hasil sumbangan sebanyak RM30,000 tersebut akan digunakan untuk memberikan bantuan dalam bentuk bakul makanan kepada rumah di Kampung Airport Kunak yang terjejas. Kami juga akan membelikan barang-barang elektrik asas serta barangan set dapur supaya mereka boleh kembali memasak ekoran segala peralatan mereka sudah hanyut dan ditenggelami air banjir. Semua barangan ini juga akan diagihkan di kampung tersebut yang kami anggarkan dalam ratusan keluarga setiap satu rumah akan menerima bantuan ini.



والصدقةُ تُطفِيءُ الخطيئةَ كما تُطفِيءُ الماءُ النارَ


Yang bermaksud: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

(Riwayat Al-Tirmizi)


 Jom #Buatbaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 24, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 15, 2022

NUR HUSNA BINTI KHARMAR

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 10, 2022

H M H I

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat