"Jauhilah api neraka walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma." (HR Ahmad)
Buah kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadhan. Rata-rata dapat kita lihat pelbagai aneka dan jenama dijual di pasaraya dan secara talian. Banyak hadis menyebut tentang disunnahkan bersahur dan berbuka puasa dengan kurma.
Bahkan Rasulullah SAW sangat suka makan kurma dan Baginda mengatakan pentingnya untuk mempunyai kurma di dalam rumah.
“Sebuah keluarga yang mempunyai kurma tidak akan lapar.” (Hadis Sahih Muslim, 5078)

Justeru itu, di bulan mulia yang bakal menjelma ini, kami di Pertubuhan Kebajikan At-Tanwiriah Malaysia mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen Sedekah Kurma untuk Iftar Ramadhan untuk semua golongan yang kurang berkemampuan. Agihan kurma ini akan diberikan kepada golongan asnaf dan golongan yang memerlukan. Hasrat kami biarlah semua dapat menikmati makanan sunnah Rasulullah SAW terutamanya di bulan Ramadhan. Besar harapan kami untuk sekiranya hasrat ini dapat direalisasikan bersama-sama dengan para penyumbang semua.

Sekitar program agihan kurma pada tahun lepas kepada ketua masyarakat utk diagihkan kepada asnaf.
وَمَثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِ اللَّـهِ وَتَثْبِيتًا مِّنْ أَنفُسِهِمْ كَمَثَلِ جَنَّةٍ بِرَبْوَةٍ أَصَابَهَا وَابِلٌ فَآتَتْ أُكُلَهَا ضِعْفَيْنِ فَإِن لَّمْ يُصِبْهَا وَابِلٌ فَطَلٌّ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maksudnya: "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiramnya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah: 265)
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini