YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM AMAN

Dimulakan pada Oct 04, 2021

TABUNG ANAK YATIM DAN KURANG KEMAMPUAN

RM3,155 / 105.17 %

Telah Terkumpul Daripada Sasaran Sumbangan RM3,000

119 penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsikan:

Tentang Kempen

Assalamualaikum Warahmatullah Yayasan Pendidikan Islam Aman adalah sebuah yayasan yang membantu pelajar-pelajar tahfiz dan yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Yayasan Pendidikan Islam Aman(YPIA) adalah sebuah yayasan yang membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan dan anak yatim untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah. YPIA amat dikenali dan sinonim sebagai sebuah yayasan yang memperjuangkan perkembangan pendidikan berkualiti sejajar dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.


Untuk pengetahuan tuan dan cikpuan, pada masa ini, pihak yayasan memerlukan bantuan dari tuan & cikpuan untuk membantu 8 orang pelajar yang kurang berkemampuan dan pelajar tahfiz untuk meneruskan pembelajaran mereka. Kami membantu mereka dari segi pembayaran yuran sekolah, makan dan minum serta keperluan-keperluan sekolah. 


Pelbagai inisiatif yang pihak kami telah lakukan, antaranya :

1. Membantu anak-anak pelajar yang kurang berkemampuan, anak yatim dan fakir miskin untuk melanjutkan pelajaran.

2. Membantu pembangunan infrastruktur yang melibatkan sekolah dan pendidikan.

3. Membantu para pelajar yang kurang berkemampuan meneruskan pembelajaran mereka sehingga ke peringkat IPT.

4. Membantu masyarakat khususnya yang memerlukan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka secara harian.


Semoga dengan sumbangan ini kita dapat membantu anak-anak harapan bangsa, negara dan agama meneruskan pendidikan mereka dengan lebih baik dan berkualiti.

Anda merasakan kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-doa #Penyumbang

Rujukan Teratas

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 02, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 01, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 31, 2021

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 31, 2021

Kempen Sumbangan Tamat