KEMPEN KIT WAKAF RAMADAN 2022

RM70 / 0.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan untuk mengajak orang ramai untuk berwakaf yang mana hasil wakaf mereka itu akan diberikan kepada golongan anak-anak asnaf dan juga warga emas di seluruh Malaysia


BANTU KAMI DALAM MEWAKAFKAN KIT RAMADHAN AR-RAYYAN BUAT WARGA EMAS DAN ANAK ASNAF DI SEMENANJUNG DAN SABAH AGAR KETIKA RAMADAN TIBA SETIAP BACAAN MEREKA MENJADI SAHAM AKHIRAT BUAT KITA


“Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh.” (Surah Al-Munafiqun ayat :10)


Gambar 1 : anak asnaf di bawah naungan PACU.


Tahukah kita bahawa kebanyakan anak asnaf di negara kita ini masih ada yang tidak mampu untuk pergi ke sekeolah bahkan untuk membeli sebuah buku sekalipun disebabkan oleh kos kehidupan yang semakin tinggi. Sedangkan kita boleh lihat sendiri beg sekolah anak atau adik beradik kita yang penuh dengan buku, alat tulis dan macam-macam lagi. Bertuahnya kita dikurniakan nikmat yang tidak putus-putus.


Gambar 2 : Warga emas Pusat Jagaan & Pendidikan Darul Insyirah


Bagi Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga emas, bulan Ramadhan merupakan bulan untuk mengumpulkan pahala dan lakukan amal ibadah, “ilmu bukan sahaja untuk hidup, nak mati pun kena ada ilmu “ itulah kata-kata yang mereka selalu pegang dan ingat.


Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Pusat Kecemerlangan Pendidikan Ummah (PACU) sedang menjalankan satu projek wakaf iaitu Wakaf Kit Ar.Rayyan Kami dengan berbesar hati ingin menjemput tuan/puan untuk berwakaf bersama kami. Sasaran kami adalah untuk diberikan kepada golongan asnaf dan warga emas di semenanjung dan juga Sabah sebanyak 3000 Kit Ar-Rayyan . Untuk sumbangan wakaf kit Ar-Rayyan boleh dilakukan dengan :


1 LOT= RM50.00

1 KIT AR-RAYYAN = RM150.00


MENARIKNYA BERWAKAF DENGAN KAMI!!! 


Kami menyediakan Kit Ar-Rayyan dimana anak-anak asnaf dan warga emas dapat membaca dan mengamalkan pada bila-bila masa. Apa yang menariknya, Kit Ar-Rayyan ini dapat memberi kemudahan kepada mereka untuk belajar dan mudah untuk difahami.  Dalam kit tersebut, terdapat:

-   Buku Disebalik 114 Nama-Nama Surah

-   Mini Surah al-Kahfi dan AlMathurat

-   Jurnal Ramadhan 2022

- DIY Hafaz Quran

-   40 Doa Robbana

-   Doa malam al-Qadr

-   Mini sejadah, Tasbih digital & Mask


Hadiahkan Pahala Wakaf Buat Ibu Bapa & Kenalan Kita


Selain wakaf untuk diri sendiri, anda juga boleh niatkan wakaf anda untuk:


Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup

Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dgn kita

Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan


Kebaikan berwakaf ini ada diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas RA, bahwa ketika ibu Saad bin Ubadah meninggal dunia, Saad tidak ada di rumah, lalu ia datang kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk bertanya


“Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dan ketika itu, aku tidak ada, apakah jika saya bersedekah untuknya bermanfaat baginya”? Rasullullah SAW menjawab, “Ya”.


Ternyata walaupun orang tua dah pergi meninggalkan kita, kita masih punya satu lagi peluang untuk berbakti kepada mereka.Semoga dengan wakaf yang kita salurkan ini menjadi asbab untuk kita masuk ke syurga kelak. 









Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat