SUMBANGAN LAMPIN DEWASA UNTUK WARGA MEMERLUKAN

RM978 / 24.45 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

55 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MENYUMBANG UNTUK MEMBANTU GOLONGAN TERKESAN BAGI MERINGANKAN BEBAN YANG DITANGGUNG. BEKALAN YANG SEMAKIN KURANG AKIBAT KENAIKAN HARGA MENYEBABKAN RAKYAT TIDAK MAMPU UNTUK MEMBELI LAMPIN DEWASA


Assalamualaikum. Desawarsa ini kenaikan harga kos barangan asas semakin meningkat dan tidak terkawal. Rakyat tertekan dan terhimpit apatah lagi dikalangan asnaf, B40 mahupun sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenaikan ini. Kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bersih rakyat semakin terhakis.



Walaupun harga naik namun rakyat terpaksa juga berusaha untuk meletakkan hidangan di atas meja. Tetapi dikala ini kuantiti barangan yang boleh dibeli semakin menipis. Maka barangan keperluan yang lain terpaksa dikurangkan demi untuk keluarga dari kekurangan makanan. Antara barangan keperluan yang terjejas adalah lampin pakai buang bagi golongan dewasa. Lampin pakai buang ini amat diperlukan oleh golongan yang memerlukan atas asbab kebersihan diri.



Namun kenaikan harga menyebabkan kuantiti yang boleh digunakan semakin mengecil. Sasaran kami adalah agar dapat membantu mereka dengan mengumpul dana sebanyak RM4000.00 bagi meringankan beban mereka. Atas sebab ini maka pihak persatuan terpanggil untuk membantu mengedarkan barangan ini kepada:

1. Warga emas

2. Asnaf

3. OKU

4. Pesakit terlantar

5. Mereka yang sangat memerlukan



Sesuai dengan Sabda Rasulullah:

وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 31, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 29, 2022

Kempen Sumbangan Tamat