LAMPIN DEWASA UNTUK ASNAF YANG MEMERLUKAN

RM170 / 5.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bantulah saudara kita untuk sumbangan lampin dewasa. Kos kehidupan semakin meningkat sehingga tidak mampu untuk menyediakan lampin dewasa. Jom kita bantu!


Dasawarsa ini, kenaikan harga kos barangan asas semakin meningkat dan tidak terkawal. Rakyat tertekan dan terhimpit apatah lagi dalam kalangan asnaf, B40 mahupun sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenaikan ini. Kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bersih rakyat semakin terhakis.



Walaupun harga barang naik, rakyat masih perlu berusaha untuk meletakkan hidangan di atas meja. Tetapi, di kala ini kuantiti barangan yang boleh dibeli semakin menipis. Maka, barangan keperluan yang lain terpaksa dikurangkan demi mengelakkan keluarga dari kekurangan makanan. Antara barangan keperluan yang terjejas adalah lampin pakai buang bagi golongan dewasa.



Lampin pakai buang ini amat diperlukan oleh golongan yang memerlukan atas sebab kebersihan diri. Namun, kenaikan harga menyebabkan kuantiti yang boleh digunakan semakin mengecil. Atas sebab ini, maka pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu mengedarkan barangan ini kepada:


1. Warga emas

2. Asnaf

3. OKU

4. Pesakit terlantar



Sasaran kami adalah agar dapat membantu lebih kurang RM4,000 bagi meringankan beban mereka. Sesuai dengan sabda Rasulullah:


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jan 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 25, 2024

Kempen Sumbangan Tamat