Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Dec 11, 2024
RM250 / 8.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
18 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Program sumbangan lampin dewasa bagi pesakit yang terlantar adalah inisiatif penting untuk membantu golongan yang memerlukan penjagaan rapi, terutama mereka yang sakit terlantar atau mengalami ketidakupayaan untuk bergerak. Program ini bukan sahaja memberikan bantuan dari segi kewangan kepada keluarga pesakit, tetapi juga memastikan kebersihan dan keselesaan pesakit sentiasa terjaga.

Pihak PKPR akan menentukan jumlah lampin yang diperlukan untuk setiap penerima dan jadual pengedaran sama ada secara bulanan atau mingguan, bergantung kepada keperluan dan sokongan logistik.

Kami melibatkan sukarelawan untuk membantu dalam pengedaran dan juga memberi sokongan moral kepada keluarga pesakit serta menyediakan latihan asas kepada sukarelawan mengenai penjagaan pesakit terlantar agar mereka lebih memahami keperluan penerima.

Program ini memberi faedah kepada pesakit dimana penggunaan lampin dewasa yang berkualiti membantu menjaga kebersihan, mengurangkan risiko jangkitan, dan memberi keselesaan kepada pesakit. Ia meringankan beban kos untuk keluarga yang sering kali perlu membeli lampin dewasa secara berterusan.

Program ini boleh memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menyumbang, meningkatkan kesedaran dan kepedulian terhadap golongan terlantar. Diharapkan agar dengan program sebegini dapat meningkatkan kualiti hidup pesakit terlantar dan membantu keluarga mereka menghadapi cabaran penjagaan yang berterusan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 11, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 11, 2024