Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Aug 12, 2025
RM245 / 8.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
16 Penyumbang
44 Baki Hari
Kami melancarkan kempen kutipan sumbangan kewangan bagi tujuan membeli lampin dewasa untuk warga emas yang memerlukan. Lampin dewasa adalah keperluan asas yang kritikal bagi warga emas uzur, terlantar, namun ia sering kali menjadi beban kewangan yang besar bagi mereka dan keluarga.
Lampin dewasa bukan sekadar keperluan kebersihan, tetapi ia adalah elemen penting dalam menjaga kualiti hidup, kebersihan diri, dan maruah warga emas. Dengan lampin yang mencukupi dan bersih, kita dapat memastikan bahawa kehidupan warga emas itu berada pada tahap yg baik.

Selain itu, ia membantu warga emas menjalani hari-hari mereka dengan lebih selesa dan bermaruah, tanpa perlu bimbang tentang masalah kebocoran atau kebersihan.



Kempen ini juga dapat menggalakkan masyarakat untuk menyantuni dan membantu golongan warga emas yang sering terpinggir. Mari bersama-sama kita hulurkan tangan membantu warga emas yang memerlukan. Sumbangan anda bukan sahaja meringankan beban kewangan mereka, tetapi juga membawa senyuman dan kemuliaan dalam kehidupan mereka.
Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda yang tidak ternilai. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 15, 2025
MEOR ROSAZMAN MD IDRIS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 14, 2025