SUMBANGAN LAMPIN DEWASA BAGI WARGA EMAS DIPERLUKAN

RM165 / 5.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MENYUMBANG UNTUK MEMBANTU GOLONGAN TERKESAN BAGI MERINGANKAN BEBAN YANG DITANGGUNG. BEKALAN YANG SEMAKIN KURANG AKIBAT KENAIKAN HARGA MENYEBABKAN RAKYAT TIDAK MAMPU UNTUK MEMBELI LAMPIN DEWASA


Assalamualaikum. Dasawarsa ini, kenaikan harga kos barangan asas semakin meningkat dan tidak terkawal. Rakyat tertekan dan terhimpit apatah lagi dikalangan asnaf, B40, mahupun sesiapa sahaja yang terkesan dengan kenaikan ini. Kenaikan harga barangan menyebabkan pendapatan bersih rakyat semakin terhakis.



Walaupun harga naik, namun, rakyat terpaksa juga berusaha untuk meletakkan hidangan di atas meja. Tetapi, dikala ini, kuantiti barangan yang boleh dibeli semakin menipis. Maka barangan keperluan yang lain terpaksa dikurangkan demi mencegah dari kekurangan makanan. Antara barangan keperluan yang terjejas adalah lampin pakai buang bagi golongan dewasa. Lampin pakai buang ini amat diperlukan oleh golongan yang memerlukan bagi kebersihan diri.



Namun, kenaikan harga menyebabkan kuantiti yang boleh digunakan semakin mengecil.


Sasaran kami adalah agar dapat membantu mereka dengan mengumpul dana sebanyak RM3,000 bagi meringankan beban mereka. Atas sebab ini, pihak persatuan terpanggil untuk membantu mengedarkan barangan ini kepada:


1. Warga emas

2. Asnaf

3. OKU

4. Pesakit terlantar

5. Mereka yang sangat memerlukan



Sesuai dengan Sabda Rasulullah:


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NORMAH TAN BINTI ABDULLAH

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jun 16, 2024

MOHD SAIFUDIN MOHD ARIF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 14, 2024

NUNEZ

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 12, 2024

Kempen Sumbangan Tamat