BANTUAN ELEKTRIK DI KAMPUNG SUANG KINA SABAH

RM750 / 15.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

29 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan untuk membantu penduduk kampung di Sabah yang ketiadaan lampu jalan di kawasan rumah mereka dan menyebabkan mereka susah untuk bergerak dan meneruskan pekerjaan di waktu malam.


Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk jangan jadi kedekut. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Apa yang kita dermakan, kongsikan dan beri itulah sebenarnya harta kita yang sebenar. Bukan yang masih berbaki dengan kita. 


Penduduk di kampung suang Kina memerlukan sebanyak 5 lampu solar yang perlu dipasang di sekitar jalan bagi mengelakkan terjadinya kemalangan dan bagi mengelakkan sebarang bahaya kepada penduduk kampung terutama anak-anak asnaf yang menggunakan jalan itu pada waktu malam selepas pulang dari kelas tuisyen yang dianjurkan oleh PACU.



Penerima manfaat dari bantuan lampu jalan ini khususnya kepada penduduk Kg Suang Kina, pelajar-pelajar asnaf, petani dan pengguna kenderaan motosikal mahupun kereta yang merupakan alat perhubungan bagi masyarakat dalam memenuhi keperluan harian. Siapa yang tidak simpati melihat keadaan laluan utama seperti ini?



Kawasan pedalaman, jalan utama yang gelap gelita bila malam, banyak berlakunya kemalangan dan banyaknya haiwan berkeliaran. Mereka terpaksa menghadapi banyak kekurangan dalam masa yang sama. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi? Yakinlah, sedikit sumbangan yang kita berikan dapat membantu penduduk kampung dalam meneruskan kehidupan mereka di malam hari. Jom bantu saudara kita.



Allah s.w.t menurunkan ayat:

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" - Ali Imran, 92


Jom #BuatBaik!



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2022

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2022

Kempen Sumbangan Tamat