INFAK LAMPU SOLAR DI KG SUANG KINA SABAH

RM2,371 / 47.42 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

67 Penyumbang

154 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini dijalankan bagi membantu penduduk di Sabah yang ketiadaan sumber cahaya pada waktu malam kerana lampu jalan tiada di kawasan perumahan dan menyukarkan pergerakan mereka di waktu malam.


Sentiasa ingatkan diri sendiri untuk jangan jadi kedekut. Setiap rezeki yang kita perolehi itu ada bahagian orang lain juga yang perlu kita kongsikan. Allah s.w.t menurunkan ayat:


"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" (Ali Imran, 92)


Dalam menyelusuri kehidupan yang serba lengkap dengan kemudahan eletrik dan air yang cukup, jangan kita lupa saudara seislam yang serba kekurangan. Hal ini dapat dilihat pada penduduk kampung suang kina di Sabah yang mempunyai masalah tiada lampu jalan di persekitaran rumah mereka.



Jalan utama yang digunakan oleh penduduk kampung menjadi gelap apabila tibanya waktu malam kerana ketiadaan sumber cahaya bagi memudahkan pergerakan keluar masuk ke kampung dan menyukarkan anak-anak untuk pulang ke rumah setelah tamat kelas tuisyen yang dianjurkan oleh pihak PACU. Dalam pada itu, ketiadaan sumber cahaya telah menyebabkan berlakunya kemalangan dan insiden yang melibatkan penduduk kampung dan haiwan ternakan yang dibawa pulang oleh tuannya Ketika siang hari melabuhkan tirai.




Sehubungan itu, penduduk kampung memerlukan sekurangnya 5 buah lampu solar yang akan dipasang sekitar jalan dan kawasan perumahan penduduk Kampung Suang Kina. Penerima manfaat dari bantuan lampu jalan ini khususnya kepada penduduk Kampung Suang Kina, pelajar-pelajar asnaf, petani dan pengguna kenderaan motosikal mahupun kereta yang merupakan alat perhubungan bagi masyarakat dalam memenuhi keperluan harian.






Alhamdulilah beberapa sumbangan telah diberikan dan sebahagian lampu solar dan alatan bagi memasang tiang telah diperolehi tetapi dana masih lagi tidak cukup sebanyak RM5000 sahaja bagi pembelian lebihan barang-barang lain yang diperlukan. Mereka terpaksa menghadapi banyak kekurangan dalam masa yang sama. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?


Yakinlah, sedikit sumbangan yang kita berikan dapat membantu penduduk kampung dalam meneruskan kehidupan mereka di malam hari. Jom bantu saudara kita!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM200.00

Apr 19, 2024

BAHAROM BIN MAHMUD

Menyumbang sebanyak RM500.00

Feb 10, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 12, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 04, 2023