Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
Dimulakan pada Oct 11, 2022
RM2,825 / 94.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
158 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Menelusuri kehidupan umat Islam di Kemboja mampu merapuhkan hati kita yang sudah senantiasa hidup dalam kecukupan serta kesempurnaan. Perkembangan masyarakat Muslim Kemboja juga masih di tahap perlahan. Umat Islam di Kemboja terpaksa membanting tulang untuk menstabilkan keadaan sosial mereka.
Penderitaan dan kesengsaraan masyarakat Islam di Kemboja ini mendapat simpati dan prihatin serta memberi keinginan untuk kami membantu dan menyumbangkan dana. Salah satu usaha kami adalah untuk memasang lantai simen madrasah.
Menziarahi bilik-bilik darjah mereka juga cukup mengharukan. Dengan masih lagi menggunakan meja panjang dan bangku yang sekadarnya sahaja, suasana pembelajaran jauh dari selesa. Namun mereka tetap tabah menuntut ilmu walaupun ada di sesetengah tempat di Kemboja khabarnya kelas-kelas diadakan di bawah rumah sahaja kerana rumah mereka rata-rata struktur binaan tangganya tinggi seumpama rumah-rumah kampung kita zaman dahulu kala yang dibina bagi menghadapi banjir.
Anak-anak Kemboja ramai yang pintar-pintar sehingga ada yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Malaysia. Di sinilah pentingnya kerjasama kita umat Islam dalam membantu saudara seagama atas dasar peri kemanusiaan. Sekolah yang daif berdinding papan lapis, berlantai tanah tanpa mempunyai bekalan air dan elektrik tidak menghalang anak-anak umat Islam di Kemboja mendapatkan pendidikan agama.
Jika ditakdirkan hujan turun pada hari tersebut. Maka, terpaksalah mereka belajar dalam keadaan lantai berlecak. Guru-guru ikhlas mengajar tanpa bayaran atas dasar ingin mengembangkan ajaran Islam. Sungguh murni hati mereka. Di sini, penduduknya hanya sekadar kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
“Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.
Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.”
(Hadis riwayat at-Thabrani)
Justeru, selaku saudara sesama akidah. Kita seharusnya kedepan untuk membantu mereka mendapatkan pendidikan yang lebih selesa. Jom bersama kami membina peradaban Islam di Kemboja.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Proses menyiapkan lantai simen madrasah telah mula berjalan. Dengan hasil yang disumbangkan dapat dibelikan beberapa beg simen untuk melakukan kerja-kerja memasang lantai simen madrasah. Terima kasih kepada semua para penderma.
Proses menyiapkan lantai simen madrasah telah mula berjalan. Dengan hasil yang disumbangkan dapat dibelikan beberapa beg simen untuk melakukan kerja-kerja memasang lantai simen madrasah. Terima kasih kepada semua para penderma.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 16, 2022