Perkim Bandar Tasik Puteri

Dimulakan pada Jul 22, 2022

RAYUAN DERMA DANA UNTUK LATIHAN DAKWAH

RM905 / 18.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

57 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mendapatkan dana untuk menjayakan latihan dakwah anjuran PERKIM di mana para peserta akan dilatih dan dibawa berdakwah di lapangan apabila telah bersedia kelak. Jom bantu dakwah!


Pada 19 Jun 2022 yang lalu, PERKIM BTP telah mengadakan Latihan Asas Dakwah Islamiyah (LADI) yang mana telah dihadiri lebih kurang 20 orang yang berminat untuk belajar teknik-teknik berdakwah. Atas permintaan mereka dan ramai lagi, PERKIM BTP bersetuju untuk meneruskan kursus LADI 2.0 bulan Ogos ini.



PERKIM merupakan salah satu pertubuhan yang paling ramai melakukan pengIslaman. Nama PERKIM amat sinonim dengan pengIslaman dan Saudara Baru walaupun PERKIM sebenarnya sebuah NGO untuk semua. Namun, mereka yang mampu meneruskan kerja-kerja dakwah dan kebajikan dilaksanakan PERKIM tidak ramai. Oleh itu, kursus seperti ini membantu mencari pelapis.



Di samping itu, umat Islam amnya, pelajar IPT, guru-guru sekolah malah pensyarah kolej juga terdedah kepada peluang untuk berdakwah, atau menghadapi serangan Islamophobia tetapi tidak tahu cara untuk menjelaskan dengan penuh hikmah dan berhati-hati.



Oleh itu, kursus LADI ini adalah satu kursus pendek dan mudah berdasarkan pengalaman PERKIM dan pendakwah-pendakwah dari MRM (Firdaus Wong) sendiri yang merupakan antara panel pendakwah PERKIM BTP sesuai untuk mereka yang ingin memperkemaskan diri dengan teknik berdakwah. Antara panel juga ialah mantan Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Islam Gombak.



Kempen ini diharapkan membantu untuk mencari dana bagi menampung kos melaksanakan kursus ini. Untuk menggalakkan penyertaan, pihak PERKIM BTP tidak mengenakan apa-apa bayaran yuran kursus. Kita sudah ada ramai pengkritik, tetapi tidak ramai pendakwah. Ayuh tuan/puan bantu kami melatih ramai pendakwah.



Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.
ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة
Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 17, 2022

Kempen Sumbangan Tamat