Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM160 / 5.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
14 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Konflik berpanjangan dan serangan berulang kali telah memaksa lebih dari 1.5 juta penduduk untuk berpindah dan kehilangan tempat tinggal. Ekonomi yang runtuh, kekurangan bahan makanan, dan akses terbatas kepada air bersih telah memperburuk keadaan. Di tengah krisis ini, banyak keluarga, terutama anak-anak, ibu, dan warga emas, yang harus bertahan hidup dengan bekalan yang sangat minimum.

ASAR Humanity telah berjaya menyalurkan makanan hangat kepada saudara-saudara kita di Lebanon. Namun, ini hanyalah sedikit. Mereka tidak hanya kehilangan tempat tinggal, tetapi juga akses kepada makanan, air bersih, dan ubat-ubatan. Bank Dunia melaporkan bahawa krisis di Lebanon adalah salah satu yang paling buruk sejak pertengahan abad ke-19. Di tengah situasi ini, serangan zionis hanya menambah kesengsaraan mereka.

Kami juga terus memantau situasi di Gaza, di mana saudara-saudara kita di sana juga menderita akibat serangan dan blockade yang berlarutan. Mereka kekurangan makanan, air bersih, dan akses kepada rawatan kesihatan yang selesa.

Kami ingin terus mengirimkan makanan hangat kepada mereka yang menderita di Lebanon dan Gaza. Setiap sumbangan dari anda akan membantu membawa makanan dan harapan kepada mereka yang sedang berjuang untuk bertahan hidup. Sedikit dari kita, besar bagi mereka. Setiap bantuan yang anda hulurkan akan menjadi cahaya harapan buat mereka yang kini dalam kegelapan. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 245:
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."

Mari kita berganding bahu membantu saudara-saudara kita di Lebanon dan Gaza. Setiap sen yang anda sumbangkan akan menjadi bekal amal jariah yang berkekalan. Jangan biarkan mereka menderita dalam diam, bantuan anda sangat bermakna. Jazakumullahu khairan atas sumbangan dan sokongan anda.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 18, 2024