Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Dec 14, 2023

BAPA RAYU BANTUAN KOS PERUBATAN KANSER LEUKEMIA ADIK LUFYA

RM4,320 / 7.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM60,000

164 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap kali melihat anak bergelut untuk bernafas ketika itulah seorang bapa hanya mampu menangisi kesengsaraan yang dihidapi anaknya itu. Jom bantu adik Lufya!


Lufya telah didiagnos dan telah disahkan menghidap penyakit Pre-B Acute Lymphoblastic Leukemia sejak tahun 2021 lagi. Setelah menjalani pelbagai rawatan selama 2 tahun ini dengan proses kemoterapi dan juga proses pengambilan air sumsum dari tulang Lufya, keadaan semakin baik dan pulih.




Ibu bapanya baru hendak menarik nafas lega kerana mereka hanya perlu lalui fasa pemulihan iaitu fasa terakhir sebelum adik Lufya mampu pulih sepenuhnya sahaja. Namun begitu, ujian menimpa mereka sekeluarga sekali lagi setelah dikhabarkan oleh pihak onkologi bahawa sel kansernya menyerang untuk kali kedua pada 29 November 2023.



Serangan kanser kali kedua ini menjadi amat berisiko tinggi dan merubah gaya hidup mereka sekeluarga. Doktor memberitahu ubat yang akan digunakan semasa kemoterapi adik Lufya menelan kos sebanyak RM141,000 yang mengandungi 17 vials sesuai dengan berat badannya. Justeru, kami membuka kempen ini dengan menyasarkan sebanyak RM60,000 meliputi kos rawatan berjumlah RM58,000 dan selebihnya untuk perbelanjaan selepas rawatan.



Apa yang menjadi kerisauan bapanya saat ini, ubat itu perlu didapatkan bulan Januari nanti. Allahu, mereka dah kesuntukan masa. Sebagai seorang ayah, tiada siapa mahu kehilangan anaknya. Apa sahaja akan dilakukan untuk permata hatinya. Isterinya juga seorang suri rumah dan kini sedang meniti hari untuk bersalin anak kedua mereka.



Kami amat bersimpati dengan ujian yang menimpa keluarga ini dan berhasrat untuk menyeru rakyat Malaysia bagi meringankan beban yang mereka hadapi. Musibah orang lain, mungkin juga adalah ujian bagi kita. Sama ada kita berdiam menutup mata atau menghulurkan sumbangan seikhlasnya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

SITI KHADIJAH HASSAN BERSERI

Jumlah: 59

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 30, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 28, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2024

ABDUL MALIK ISHAK BIN MADIHI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

Kempen Sumbangan Tamat