Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM480 / 3.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000
20 Penyumbang
64 Baki Hari
Dalam suasana yang penuh getir ini, ratusan keluarga masih terperangkap dalam bencana banjir yang berpanjangan. Hujan tidak berhenti, air sungai melimpah, tanah runtuh berlaku di mana-mana, dan kini seluruh kawasan lumpuh tanpa sumber air bersih.

Banjir kali ini bukan sekadar merosakkan rumah tetapi juga merosakkan jambatan, memutuskan paip air, menenggelamkan perigi dan menutup akses jalan. Ramai yang sudah berminggu-minggu hidup tanpa air bersih, tanpa pilihan selain menadah apa sahaja air yang ada.
Ada yang terpaksa minum air banjir, walaupun mereka tahu ia kotor dan penuh risiko penyakit kerana mereka tidak punya apa-apa lagi untuk bertahan.

Ini bukan lagi soal keselesaan.
Ini adalah fasa bertahan hidup.
Pasukan kami sedang berusaha menghantar lori air bersih ke kawasan yang masih terputus hubungan. Tetapi, cabarannya luar biasa:
1. Jambatan runtuh menyebabkan lori tidak boleh masuk langsung
2. Ada tempat yang hanya boleh dihantar menggunakan bot kecil atau tali (wire)
3. Orang kampung terpaksa berjalan hingga 20km membawa tong air
4. Ada yang mengangkat air di atas kepala, hanya untuk membawa pulang beberapa liter
5. Air yang kami bawa tidak pernah cukup untuk semua di dalam kem pelindungan
6. Jalan berlumpur, arus deras, dan hujan berterusan menyukarkan pergerakan

Namun walau sesukar mana pun, kami tidak akan berhenti. Di hujung perjalanan itu, ada anak-anak yang kehausan, ada ibu yang memerlukan air untuk bayi mereka, ada warga emas yang hanya menanti seteguk air bersih. Melalui kempen ini, kami mengajak anda untuk bersama-sama membantu menyediakan:
1. Lori air bersih untuk kawasan terputus akses
2. Tong air, baldi dan bekas simpanan
3. Penghantaran berkala ke kem-kem yang paling kritikal

“Dan Kami jadikan dari air segala sesuatu yang hidup.” (Al-Anbiya’: 30)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Dec 05, 2025