ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 05, 2023

SEDEKAH AIR BERSIH UNTUK WARGA MISKIN DI GAZA

RM175 / 5.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan berhenti di sini, lori kebaikan ini akan menghantarkan sedekah air bersih untuk keluarga miskin di Gaza!


Hanya 3 peratus air bersih yang tersedia di Gaza saat ini, itupun tak mampu mencukupkan kebutuhan warga Gaza untuk minum, memasak dan sanitasi. Krisis ini semakin teruk disebabkan beberapa faktor yang menyumbang kepada krisis air di Gaza iaitu sekatan kawasan, eksploitasi berlebihan akuifer dan pencemaran air adalah semua faktor penyumbang utama.



Krisis air ini menyebabkan purata orang di Gaza hanya mempunyai akses kepada 70 liter air sehari yang jauh di bawah piawaian minimum Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu 100 liter sehari. Belum lagi air di Gaza sering tercemar dengan bakteria, virus dan bahan kimia, yang mana boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk cirit-birit, taun dan kepialu. Kanak-kanak lah yang menjadi mangsa teramai.



Beit Lahia merupakan sebuah kawasan di Gaza yang mulanya memiliki penapisan air bersih percuma untuk warga tetapi dah lama mesin ini rosak. Paip banyak yang bocor mengakibatkan aliran air semakin sedikit dan tidak dapat memenuhi kebutuhan warga. Kezaliman pun dilakukan Zionis kepada petani di kawasan Hebron. Zionis menutup sumur-sumur air pertanian dengan simen. Tentunya hal ini membuat warga semakin terhimpit, mereka kehilangan sumber air bersih untuk kebutuhan sehari-hari dan juga kebutuhan pertanian.



3 kanak-kanak bersaudara di Gaza bernama Abdullah Ibrahim, Tala, dan Leen merupakan salah satu cerminan kehidupan yang sulit di Gaza. Adik beradik dan ibu mereka tinggal di khemah pelarian. Setiap hari mereka harus membantu ibu mereka mencari air di sumber air yang jauh, ibunya kasian pada anaknya, namun mereka tak ada lagi air yang dapat digunakan.



Asar Humanity menjemput anda untuk kembali menghantarkan air bersih melalui lori air dengan kapasitas 50.000 liter air dalam 1 hari hantaran. InshaAllah sedekah yang anda sumbangkan akan sangat membantu keluarga miskin di Gaza yang paling membutuhkan.


Alhamdulillah anda sudah pernah menghantarkan lori-lori air bersih untuk keluarga miskin di Gaza. Mereka sangat senang dan berterima kasih atas bantuan ini. Akhirnya mereka dapat mengisi tempat persediaan air di rumah mereka. Namun tentu saja mereka masih butuh bantuan kita. Semoga Allah SWT akan melipatgandakan pahala anda dan juga membuka pintu rahmatNya.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 14, 2023

FARAH DIANA AHMAD

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 11, 2023

Kempen Sumbangan Tamat