Rumah itu sepi, hanya kedengaran bunyi nafas berat En. Man yang sedang bersandar di sofa usang. Di hadapannya, satu bungkusan plastik berisi kapas, iodin, dan kain kasa terletak di atas meja. Setiap kali waktu mencuci luka tiba, jantungnya berdegup kencang. Bukan kerana takut, tapi kerana dia tahu pedihnya nanti sehingga ke sum-sum tulang.

Hilangnya Dua Jari, Retaknya Sebuah Harapan
Siapa sangka, bermula dengan luka kecil, kuman gangren menjalar tanpa simpati. Keputusan doktor amat berat untuk diterima: "Dua jari kaki terpaksa dibuang untuk selamatkan nyawa."
Kini, En. Man bukan sahaja kehilangan anggota badan, tapi dia kehilangan upaya untuk menjadi 'tiang' keluarga. Dahulu dia yang keluar mencari rezeki, kini dia hanya mampu memerhati dari jauh, menahan sebak melihat isteri dan anak-anak bertungkus-lumus menguruskan dirinya.

Luka pembedahan gangren bukan seperti luka biasa. Ia 'hidup' dan memerlukan penjagaan rapi. Jika sehari sahaja terlepas sesi mencuci (dressing), bau yang kurang enak mula timbul tanda kuman kembali membiak. Kos untuk mencuci luka pakar di klinik atau memanggil jururawat ke rumah bukanlah murah. Sekali sesi boleh mencecah RM80 ke RM150. Itu belum dikira kos ubat antibiotik, krim khas untuk pertumbuhan isi, dan pengangkutan ulang-alik ke hospital.

Bagi En. Man yang sudah tidak bekerja, angka itu sangat besar. Sering kali dia berkata kepada isterinya, "Tak apalah, cuci sendiri saja..." semata-mata kerana tidak mahu melihat tabung simpanan keluarga yang makin kering. Namun, risiko cuci sendiri tanpa peralatan steril adalah jangkitan kuman ke tulang (Osteomyelitis) yang boleh membawa kepada pemotongan seluruh kaki.
Kami ingin mengajak tuan-puan, sahabat-sahabat yang berhati mulia untuk sama-sama membantu En. Man. Beliau tidak memerlukan kemewahan, beliau hanya perlukan bantuan kita untuk mencuci luka sehingga sembuh.

Bayangkan dengan RM10 atau RM50 yang kita dermakan hari ini, ia digunakan untuk membeli set dressing yang akan menyelamatkan kaki seorang bapa. Setiap kali dia mampu berdiri semula untuk solat, setiap kali dia mampu melangkah untuk mencari rezeki nanti, pahala itu akan terus mengalir kepada anda yang membantu.

Kami mensasarkan RM 3,000 menampung kos rawatan intensif selama 3 bulan ini.
"Tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain."
Kongsikan hantaran ini. Mungkin di senarai rakan anda, ada insan yang sedang mencari asbab untuk bersedekah hari ini. Terima kasih atas keprihatinan anda.
Jom #BuatBaik!

Assalamualaikum wbt
Kami telah mengunjungi dan menyampaikan sumbangan untuk rawatan dan cucian luka En Man.

Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini