YAYASAN HUBBULQURAN

Dimulakan pada Apr 30, 2024

BANTUAN DANA PELUPUSAN QURAN BRAILLE

RM120 / 0.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000

3 Penyumbang

13 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Hubbulquran menjadi salah satu platform bagi mereka untuk mencari dana dalam melupuskan Al-Quran Braille yang lama terkumpul dan perlu segera dilupuskan.


Quran Braille ni tidak sama macam Quran celik, ada 6 jilid yang tebal untuk sempurnakan satu Al-Quran. Jangka hayat Al-Quran ini biasanya hanya dalam 3 hingga 4 tahun sahaja mengikut penggunaan, makin banyak guna, makin hilang kesan timbulan ayat Quran Braille dan perlu dilupuskan seperti mana Quran celik. Satu Quran ada 6 jilid dan berat, jadi kami tidak mampu nak lupus Quran ini. Kami terpaksa meminta bantuan dari pihak luar, tetapi ramai tidak bersedia membantu kami untuk menjaga kemuliaan Al-Quran ini.


Itulah antara masalah yang dilalui oleh pengamal Al-Quran Braille ini. Masalah utama adalah sumber kewangan untuk melupuskan Quran ini kerana kos yang tinggi. Yayasan Hubbulquran menjadi salah satu platform bagi mereka untuk mencari dana dalam melupuskan al-Quran braile yang lama terkumpul dan perlu segera dilupuskan. Teks Al-Quran rosak, lusuh dan terbiar, tidak diurus dengan sempurna merupakan satu penghinaan kepada Al-Quran.



Bantu kami untuk membantu lebih ramai dapat memuliakan Al-Quran. Yayasan Hubbulquran memerlukan dana yang tinggi supaya dapat terus:


1. Mengadakan kempen kesedaran berkaitan keperluan pemuliaan Al-Quran lama dan rosak.

2. Menyediakan perkhidmatan pengumpulan di kawasan orang awam, termasuklah di tempat-tempat yang mengalami banjir.

3. Mengasingkan bahan-bahan terkumpul mengikut kategori yang sesuai

4. Menyimpan di tempat yang sempurna dan tersusun kemas

5. Mengawal selia proses pembakaran mengikut garis panduan pihak berkuasa

6. Menanam di tempat yang khusus.



 وَاِنَّهُ فِيْٓ اُمِّ الْكِتٰبِ لَدَيْنَا لَعَلِيٌّ حَكِيْمٌ

"Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam Ibu Suratan di sisi Kami sangat tinggi (kemuliaannya), lagi amat banyak mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh."
(Az-Zukhruf 43:4)

Sumbangan anda sangat bermakna bagi memuliakan Al-Quran dengan menaja kos pelupusan Al-Quran.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 03, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 03, 2024