Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM665 / 22.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
50 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sahabat yang budiman, Pondok Pesantren Ulumul Quran Lutfia yang terletak di Desa Baloi, Kecamatan Blang Mangat, Kota Lhokseumawe, Aceh, merupakan tempat para pelajar bergelut untuk menghafal dan mendalami Al-Quran. Namun, di sebalik keghairahan mereka, ada cabaran besar yang perlu ditempuhi: keterbatasan keperluan asas termasuk beras yang menjadi sumber pemakanan utama pelajar.

Sebagai umat Islam, kita diajar untuk saling bantu membantu terutama dalam mendukung pendidikan Al-Quran. Allah SWT berfirman:
"Perumpamaan (nafkah yang dibelanjakan) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui."
(QS. Al-Baqarah: 261)

Selain itu, Rasulullah SAW juga bersabda tentang kepentingan bersedekah pada hari Jumaat:
"Sedekah pada hari Jumaat lebih utama daripada sedekah pada hari yang lain." (HR. Abu Hurairah)

Dengan bersedekah untuk menyediakan beras kepada santri Pondok Pesantren Ulumul Quran Lutfia, anda bukan sahaja membantu memenuhi keperluan fizikal mereka, tetapi juga menjadi sebahagian daripada perjuangan mereka untuk menjaga dan menyebarkan kegemilangan Al-Quran. Setiap butir beras yang anda sedekahkan menjadi ladang pahala yang akan terus mengalir, insyaAllah.

Kami di Yayasan Endatoe merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penderma di sumbangan.com yang telah menyokong program kami setakat ini. Berkat budi baik anda, kami dapat menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuk pelajar yang menghafaz Al-Quran.
Semoga setiap kebaikan yang dilakukan menjadi amal soleh yang pahalanya akan terus mengalir hingga ke akhirat. Bersama-sama kita melahirkan generasi al-Quran yang cerdik pandai dan berakhlak mulia.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2025