PEMBANGUNAN MADRASAH AL FALAH AL SAMANIYAH

RM815 / 0.82 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

41 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU MADRASAH AL FALAH AL SAMANIYAH MEREALISASIKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK-ANAK KITA MENUNTUT ILMU. SESUNGGUHNYA BESAR PAHALANYA MEMBANTU GOLONGAM YANG BERJIHAD MENUNTUT ILMU


Assalamualaikum. Menuntut ilmu adalah satu cabang jihad fisabilillah yang mana besar pahalanya jika seseorang itu mencari jalan untuk menuntut ilmu. Betapa besarnya pahala menuntut ilmu ini sehingga ada hadis menyebut bahawa menolong orang yang berjihad ini besar pahalanya sama seperti orang yang melakukannya.



Justeru itu, Persatuan Kebajikan Rakyat Prihatin Batu Pahat terpanggil untuk sama-sama membantu saudara-saudara kita untuk mencari ilmu. Sehubungan dengan itu PKPR telah beriltizam untuk membantu Madrasah Al Falah Al Samaniyah, Alor Setar. Silabus madrasah yang mengimbangi antara ilmu dunia dan ilmu akhirat memberikan satu impak besar kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak menimba ilmu di sini.



Diharapkan anak-anak pondok madrasah ini dapat mengembangkan ilmu yang dicurahkan oleh para guru kepada dakwah Islamiyah ke serata pelosok alam. Namun demikian kekangan kewangan kadangkala merencatkan pembangunan fizikal pondok madrasah ini.


Apatah lagi pondok madrasah ini sedang merangka untuk menjalankan program TVET. Justeru itu pihak PKPR merayu sumbangan seikhlas hati bagi merealisasikan impian dan harapan anak-anak ini. Semoga mereka dapat menuntut ilmu dengan penuh khusyuk dan fokus demi dakwah Islamiyah.



Siapa yang membantu melengkapi keperluan orang yang berjihad di jalan Allah, maka sesungguhnya dia juga telah ikut berjihad. Dan siapa yang membantu keluarga orang yang menuntut ilmu dengan satu kebaikan, maka dia juga telah ikut berjihad.” - Sahih Al Bukhari, No. 2843


Jom #BuatBaik!



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2022

MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 14, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat