BANTUAN PASCA BANJIR BAGI MADRASAH DAN TAHFIZ YANG TERJEJAS 2025

RM75 / 1.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

2 Penyumbang

43 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami mendoakan agar setiap ringgit yang anda sumbangkan diganti dengan keberkatan rezeki yang melimpah ruah dan perlindungan daripada segala musibah.


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Hujan lebat yang turun baru-baru ini bukan sekadar membawa air, tetapi membawa ujian yang cukup berat buat kami hanya beberapa jam, air yang tenang tiba-tiba naik mendadak, menenggelamkan segala usaha, jerih payah, dan tempat anak-anak syurga ini berteduh serta menuntut ilmu.


Dalam kegelapan malam dan kedinginan air banjir, mereka terpaksa bergegas menyelamatkan diri. Apabila fajar menyingsing dan air mula surut, apa yang tinggal hanyalah selut yang tebal, bau yang menyengat, dan pemandangan yang menyayat hati.



Beratus naskhah kalam Allah yang menjadi teman harian mereka kini kembang, koyak, dan diselaputi lumpur hitam. Tilam tempat mereka berehat selepas seharian menghafal kini lencun dan tidak lagi boleh digunakan. Begitu juga almari kayu, semuanya reput. Manakala bekas makanan, periuk besar untuk memasak, dan stok beras semuanya dihanyutkan atau tercemar.



Pembersihan pasca banjir bukanlah tugas yang mudah atau murah. Dana ini akan digunakan secara telus untuk:


1. Upah lori tangki air, sewaan water jet, dan pembelian bahan pencuci kimia untuk memastikan premis bebas kuman.

2. Pendawaian elektrik yang terendam air sangat berbahaya dan perlu diganti segera sebelum sekolah dibuka semula.

3. Membeli semula set tilam, bantal, dan seragam sekolah yang baharu bagi pelajar.

4. Menggantikan naskhah Al-Quran dan kitab pengajian yang telah rosak sepenuhnya.



Inilah peluang setiap sen yang anda infakkan hari ini bukan sekadar membersihkan lumpur, tetapi ia adalah saham yang terus mengalir setiap kali anak-anak ini kembali melantunkan ayat suci Al-Quran di sini nanti.


Jangan biarkan semangat mereka luntur hanya kerana musibah ini. Mari kita menjadi tangan-tangan yang membantu mereka.



"Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaannya." (HR. Muslim)


Kami mendoakan agar setiap ringgit yang anda sumbangkan diganti dengan keberkatan rezeki yang melimpah ruah dan perlindungan daripada segala musibah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 25, 2025

JEPREE BIN JANTAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 24, 2025