KEMPEN PROGRAM INFAK KIPAS GERGASI DAN PROJEK PEMBINAAN PARKING MOTOSIKAL BERBUMBUNG.
Masjid Al Falah Rawang mempelawa orang ramai untuk menyumbang bagi membeli kipas gergasi dan pembinaan parking motosikal berbumbung bagi keselesaan orang ramai.
Bagi kipas gergasi ini, setiap putaran anginnya akan memberi manfaat dan keselesaan kepada jemaah masjid dan pahala berterusan akan dapat dengan sempurna oleh penginfak.
Contoh gambar kipas
Bagi parking berbumbung pula, ianya memberikan kemudahan yang selesa bagi jemaah yang hadir ke masjid untuk meletakkan motosikal mereka agar lebih teratur dan tidak lagi menganggu kenderaan lain yang datang terutama pada hari Jumaat untuk menunaikan solat Jumaat.
Sumbangan infak dari anda semua amat diperlukan untuk menjayakan projek ini. Semoga dengan sumbangan ini mendapat pahala yang berterusan dari Allah SWT. In Shaa Allah.
Jom #BuatBaik!