BANTUAN MAHASISWA YATIM PIATU

RM4,320 / 2.16 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM200,000

427 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jangan dipinggirkan mahasiswa dari anak yatim piatu ini. Mari kita hulurkan bantuan kepada mereka sebagai tanda meraikan mereka.


"Tak ada orang yang ubah kita, tapi hanyalah kita sendiri. Kalau kita miskin, tak ada ilmu, tak ada orang yang pandang kita."


Itulah kata-kata yang di ungkapkan oleh beberapa mahasiswa yang di temui oleh skuad PEMAAF apabila kami membuat lawatan di universiti. Masing-masing meluahkan perasaan dengan begitu sekali, ada yang menceritakan kepada kami, apabila tiba bulan puasa dan akan tiba masuk bulan Syawal hati mereka mula memikirkan kemana mereka ingin pulang beraya memandangkan semua rakan-rakan sudah mengatur plan masing-masing di mana akan pulang ke kampung masing-masing. Tetapi, sebahagian mahasiswa hanya mendiamkan diri tidak seperti yang lain mempunyai sanak saudara untuk mereka menumpang kasih.



PEMAAF berharap sudilah kiranya masyarakat tidak terlepas pandang pada mahasiswa yang boleh dikatakan sudah dewasa tetapi hati mereka masih kecil untuk menerima keadaan ini. Tidak mempunyai keluarga, marilah kita sama-sama membantu mereka dapat tersenyum walaupun sedikit untuk sama bergembira dengan kita.



PEMAAF bercadang untuk mengambil mereka semua sebagai sebahagian dari keluarga kami untuk menyediakan tempat bagi mereka supaya tidak dipinggirkan kerana di kalangan merekalah yang akan memimpin negara nanti. Manalah kita tahu tuah mereka, kami juga akan menyalurkan sumbangan kepada mereka dengan dibantu oleh masyarakat semua. Jom bersama kami membantu mereka.



Jangan setakat sekali sahaja bahkan lakukan tiap-tiap bulan dengan gunakan sedikit dari gaji kita untuk tujuan sedekah jariah ini. Insya-Allah kita menambah pelaburan kekal dan terjamin pahalanya oleh Maha Pencipta kita sampai kiamat. Apa lagi yang kita mahukan dari dunia ini kalau bukan pahala amalan baik kita sebab di alam kubur dan akhirat itu pahala kebaikan sahajalah yang akan diterima oleh Allah SWT bukannya harta benda, wang, pangkat boleh dibawa.



Apabila anda adalah salah satu orang yang termasuk rezekinya dilimpahkan oleh Allah, jangan sekali-kali melupakan sedekah. Kebanyakan orang yang beriman pada Allah dan Rasulullah ialah yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang didapatkan untuk menolong sesama manusia. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 27, 2024

ALLAHYARHAM HAJI SULEIMAN BIN MOIDEN

Menyumbang sebanyak RM5.00

Mar 09, 2024

ALLAHYARHAM HAJI SULEIMAN BIN MOIDEN

Menyumbang sebanyak RM5.00

Mar 08, 2024

ALLAHYARHAM HAJI SULEIMAN BIN MOIDEN

Menyumbang sebanyak RM5.00

Mar 07, 2024

ALLAHYARHAM HAJI SULEIMAN BIN MOIDEN

Menyumbang sebanyak RM5.00

Mar 06, 2024

Kempen Sumbangan Tamat