PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH

Dimulakan pada Jan 03, 2025

INFAK MAKANAN TAHFIZ DAN WARGA MEMERLUKAN

RM450 / 9.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

26 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PERSATUAN KHIDMAT SRIKANDI JANNAH MEMOHON SUMBANGAN AGIHAN MAKAN TAHFIZ DAN MASJID. SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN DI BULAN REJAB INI.


Antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab adalah amalan bersifat umum seperti berpuasa, perbanyakkan sedekah, perbanyakkan membaca dan sedekah Rejab untuk membantu asnaf yang memerlukan, anak yatim, ibu tunggal, dan juga warga emas.




MasyaAllah, kita dah memasuki bulan Rejab iaitu salah satu bulan haram yang penuh dengan keberkatan. Amat dianjurkan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan sekuat tenaga untuk menghindari kemaksiatan, lebih banyak dari bulan-bulan lainnya. Insya-Allah amal soleh di bulan ini juga akan berlipat ganda nilainya di sisi Allah SWT.



Bersedekah merupakan salah satu amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ pada bulan Rejab. Ibadah ini dianjurkan pada bila-bila masa, tetapi jika kita lebih bersungguh pada bulan haram, kebaikan akan berlipat ganda.



Melalui kempen ini, anda akan berkongsi kebaikan dan keberkatan kepada asnaf yang benar-benar memerlukan, anak yatim, ibu tunggal, dan juga warga emas.



Jazakumullah khayran. Semoga Allah menerima segala jenis ibadah yang anda dan keluarga lakukan di bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan yang lain, terutama sedekah yang telah diberikan. Allah SWT jualah yang akan menggantikan segala kebaikan yang telah anda berikan. Doa ikhlas dari kami semoga perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan kelancaran rezeki sentiasa bersama anda dan keluarga, Amin Ya Rabb.


Jom #Buatbaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat