Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM120 / 4.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
4 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Semenanjung Gaza ialah salah satu kawasan paling padat penduduk di dunia. Kawasan seluas 365 kilometer persegi ini dihuni oleh lebih daripada dua juta per kapita di bawah penjajahan selama lebih dari 7 abad lamanya, sehingga semua sektor kehidupan di Semenanjung Gaza terkepung.

Baru-baru ini, penderitaan ditambah kepada rakyat disebabkan oleh penyerangan di Gaza, paling kurang 253 orang kehilangan nyawa dan lebih dari 1,948 orang cedera. Begitu pula kerosakan pemukiman rakyat, jalanan, fasilitas publik seperti hospital, sekolah, serta sarana penting yang lainnya. 576 rumah hancur teruk serta 6,424 musnah sebahagian yang tidak sesuai ditinggali.

Akibatnya, penderitaan keluarga miskin di Semenanjung Gaza semakin membimbangkan. Sebahagian dari mereka yang kehilangan rumah tinggal di kem pelarian sementara dengan pelbagai keterbatasan. Kepala keluarga dan orang dewasa dalam umur aktif tidak selesa mendapatkan pekerjaan untuk menyara hidup. Belum lagi jika anak-anak di Gaza ini kehilangan ibu bapanya. Mereka terus hidup bergantung kepada bantuan kemanusiaan, pertubuhan kebajikan dan bantuan orang baik.

Mari kita ringankan penderitaan mereka dengan memastikan keperluan makanan mereka dipenuhi dengan baik. Makanan adalah kebutuhan paling asas dan penting. InshaAllah makanan akan menjadi sumber tenaga supaya mereka boleh bergerak. Dengan menderma RM18 anda boleh memberikan satu pek makanan lazat yang berisi nasi, hidangan daging berprotein, dan minuman. Anda juga boleh menyediakan bakul berisi 14 item barang runcit yang dapat memenuhi kebutuhan makanan harian dengan sumbangan RM177.

Alhamdulillah kempen fasa 1 sudah disalurkan kepada keluarga yatim di Gaza. Lihatlah senyuman mereka. MashaAllah sumbangan anda mengurangkan kesusahan mereka. Jangan berhenti di sini! Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rezeki berlipat kali ganda. Jazakumullah khairan.

“Wahai Rasulullah, Apakah sedekah yang paling besar pahalanya?"
"Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita-cita mengharapkan kekayaan."
(Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 20, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 03, 2024