Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM175 / 5.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
ASAR Humanity komited menjalankan program makanan berkhasiat bagi membantu pelajar-pelajar maahad, yatim, tahfiz, dan dhuafa yang hidup dalam kekurangan. Program ini bertujuan memastikan mereka mendapat gizi yang mencukupi untuk terus belajar, menghafal Al-Quran, dan mendalami ilmu agama demi menjadi generasi penerus agama yang kuat dan beriman.

Baru-baru ini, kami telah kembali menyalurkan paket makanan berkhasiat kepada pelajar-pelajar maahad yang sangat memerlukan. Masih banyak pelajar yang hanya mampu makan nasi bersama ikan asin atau lauk seadanya kerana kekangan kewangan. Keadaan ini sangat membimbangkan, terutama sekali apabila kita menyedari bahawa mereka adalah generasi penerus agama yang kita harapkan.

Berdasarkan data, terdapat ribuan pelajar maahad di Indonesia yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak hanya menghadapi cabaran dalam mendapatkan pendidikan, tetapi juga dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan yang berkhasiat. Tanpa bantuan yang berterusan, kehidupan mereka akan terus sukar, dan proses pembelajaran mereka mungkin terganggu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Insan, ayat 8-9:
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan, (sambil berkata), 'Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan darimu dan tidak pula (ucapan) terima kasih."

Kami mengajak semua untuk bersedekah dan menyumbang bagi mendukung program makanan berkhasiat ini. Setiap infaq anda, sekecil mana pun, akan membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Bantuan anda akan membantu mereka mendapatkan makanan yang lebih baik, memastikan gizi yang cukup untuk tenaga mereka menimba ilmu.
Jangan biarkan generasi penerus agama kita kelaparan. Mari kita bersama-sama berkongsi rezeki dan menyumbang untuk kebaikan mereka. Sumbangan anda akan menjadi pelaburan akhirat yang kekal abadi, insya-Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, satu lagi langkah positif telah berjaya dilaksanakan melalui Program Pemberdayaan Komuniti ASAR Humanity. Baru-baru ini, kami telah menjalankan aktiviti pelepasan anak ikan sebagai usaha menyokong pembangunan sumber makanan lestari di Maahad Darul Amanah, sebuah sekolah Islam percuma yang komited membantu generasi muda melalui pendidikan dan latihan kemahiran hidup.

Dengan kerjasama erat antara ASAR Humanity dan Maahad Darul Amanah, para pelajar diberi pendedahan dan latihan dalam bidang ternakan ikan, bertujuan untuk membantu meningkatkan sumber makanan bagi pihak maahad dan juga memastikan pelajar mendapat pemakanan yang lebih baik dan seimbang.

Sekolah ini menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada para penyumbang dan pihak yang terlibat kerana membantu mereka menjayakan inisiatif ini. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut makanan, tetapi juga melatih pelajar dengan kemahiran yang mampu menjadikan mereka lebih berdikari dan berdaya tahan dalam kehidupan.

Semoga program ini menjadi contoh kepada lebih banyak maahad dan komuniti di seluruh negara untuk membina kehidupan yang lebih lestari dan seimbang, sambil kita terus mengumpul pahala melalui wakaf dan infaq yang memberi kesan jangka panjang.
“Satu sumbangan kecil hari ini, membina kehidupan berdikari untuk masa depan.”
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah pasukan ASAR Humanity telah melaksanakan distribusi bantuan pakej pangan untuk Ponpes Roudhatul Qur'an yang berada di Carenang Banten.


Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkahan untuk para santri yang sedang menuntut ilmu Al-Qur'an serta dapat meringankan beban mereka. Pengurus dan santri Ponpes Roudhatul Qur'an mengucapkan terima kasih kepada semua donatur atas keikhlasan dan sokongan yang diberikan.

Mari kita terus bersama-sama menyebarkan manfaat dan kasih sayang kepada sesama.
https://sumbangan.com/sedekahjumaatyatim4
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#BantuanPangan
#BerkahUntukSemua