ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 18, 2022

SEDEKAH MAKANAN BERKHASIAT UNTUK INSAN DHAIF

RM460 / 15.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tidak semua orang hidup seberuntung dengan kita, masih banyak orang yang menghadapi kesukaran untuk memenuhi makanan yang berkhasiat. Jom bantu warga dhaif untuk memenuhi keperluan makan mereka!


Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan seorang mukmin, nescaya Allah akan melapangkan satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat”.



Tolong-menolong adalah salah satu perkara yang paling penting kerana jika kita menolong orang lain dari kesusahan yang mereka hadapi, maka Allah SWT akan menolong kita dari kesusahan yang mungkin menimpa kita pada hari kiamat. Kadang-kadang, dalam perjalanan kita melawat sesuatu tempat, Allah pertemukan kita dengan orang yang susah nak cari rezeki. Jika difikirkan dengan lebih mendalam, pertemuan yang terjadi itu boleh jadi takdir yang Allah tunjuk untuk kita membantu mereka yang memerlukan ini.



Kerana masih banyak orang yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Bukan sahaja dari segi pakaian tetapi juga dari segi makanan dan tempat tinggal. Padahal itu adalah perkara asas bagi manusia untuk memenuhi keperluan hidup.



Salah satunya adalah seperti seorang wanita dengan dua anaknya yang berasal dari DKI Jakarta. Dimana ia tidak memiliki rumah untuk menetap. Apabila malam tiba, dia akan mencari kedai yang tutup untuk tidur dan apabila pagi tiba, dia akan meninggalkan kedai untuk mencari barang buruk yang bisa dijualnya. Dengan keadaan serba kekurangan, kadang-kadang membuat mereka tertanya-tanya "bagaimana kita akan makan esok?". Hal ini menyebabkan untuk memenuhi makanan yang berkhasiat terabai kerana dengan mereka dapat makan sahaja itu sudah baik untuk mereka.



Melalui program sedekah makanan berkhasiat, marilah kita bersama-sama membantu orang-orang yang memerlukan bantuan untuk memenuhi makanan berkhasiat untuk mereka. Sedekah yang anda berikan akan disalurkan kepada warga dhuafa di Indonesia dalam bentuk pakej makanan berkhasiat. Berapa sahaja sedekah yang anda berikan, inshaAllah akan amat berguna kepada penerima manfaat. Dan semoga apa yang anda berikan Allah SWT gantikan dengan balasan yang terbaik.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat