Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM280 / 9.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
ASAR Humanity komited menjalankan program makanan berkhasiat bagi membantu pelajar-pelajar maahad, yatim, tahfiz, dan dhuafa yang hidup dalam kekurangan. Program ini bertujuan memastikan mereka mendapat gizi yang mencukupi untuk terus belajar, menghafal Al-Quran, dan mendalami ilmu agama demi menjadi generasi penerus agama yang kuat dan beriman.

Baru-baru ini, kami telah kembali menyalurkan paket makanan berkhasiat kepada pelajar-pelajar maahad yang sangat memerlukan. Masih banyak pelajar yang hanya mampu makan nasi bersama ikan asin atau lauk seadanya kerana kekangan kewangan. Keadaan ini sangat membimbangkan, terutama sekali bila kita menyedari bahawa mereka adalah generasi penerus agama yang kita harapkan.

Berdasarkan data, terdapat ribuan pelajar maahad di Indonesia yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Mereka tidak hanya menghadapi cabaran dalam mendapatkan pendidikan, tetapi juga dalam memenuhi keperluan asas seperti makanan yang berkhasiat. Tanpa bantuan yang berterusan, kehidupan mereka akan terus sukar, dan proses pembelajaran mereka mungkin terganggu. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Insan, ayat 8-9:
"Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim, dan orang yang ditawan, (sambil berkata), 'Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah kerana mengharapkan keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan darimu dan tidak pula (ucapan) terima kasih'."

Kami mengajak semua untuk bersedekah dan menyumbang bagi mendukung program makanan berkhasiat ini. Setiap infaq anda, sekecil mana pun, akan membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Bantuan anda akan membantu mereka mendapatkan makanan yang lebih baik, memastikan gizi yang cukup untuk tenaga mereka menimba ilmu. Jangan biarkan generasi penerus agama kita kelaparan. Mari kita bersama-sama berkongsi rezeki dan menyumbang untuk kebaikan mereka. Sumbangan anda akan menjadi pelaburan akhirat yang kekal abadi, insya-Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah pasukan ASAR Humanity telah melaksanakan distribusi bantuan paket pangan di Pondok Pesantren Alam Tahfidzul Quran Kolong, Kecamatan Lembor, Kabupaten Manggarai Barat, Provinsi NTT.

Bantuan yang diserahkan meliputi beras, minyak, telur, teh celup, dan ayam.

Semoga sumbangan ini menjadi asbab keberkahan untuk para santri yang sedang menuntut ilmu Al-Qur'an serta dapat meringankan beban mereka. Kami mengucapkan terima kasih kepada semua donatur atas keikhlasan dan sokongan yang diberikan.

Mari kita terus bersama-sama menyebarkan manfaat dan kasih sayang kepada sesama.
https://sumbangan.com/infaqberasuntukpelajarmaahadtahfiz
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#ASARHumanity
#BantuanPangan
#BerkahUntukSemua
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 24, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 13, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 11, 2024