ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 01, 2022

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK PELAJAR YATIM TAHFIZ

RM1,065 / 26.63 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

66 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pelajar tahfiz ialah penerus Al Quran dan ilmu agama, namun mereka hidup sederhana. Mari sokong makanan berkhasiat supaya mereka bertenaga!


Assalamualaikum Tuan dan Puan, semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan dalam keadaan baik. Pada minggu lalu, kami berkesempatan untuk membagikan makanan berkhasiat bagi pelajar tahfiz dan yatim di Cianjur dalam rangka acara Hari Santri Nasional. Senang sekali kami dapat berbagi kebahagiaan dengan para pelajar tahfiz dan yatim di sana. Alhamdulillah amanah dari Tuan dan Puan sudah kami hantarkan kepada mereka.





Kita mahu pelajar tahfiz anak yatim lain turut menerima bantuan makanan berkhasiat juga supaya mereka dapat bertenaga dan secara maksimal dapat belajar dengan baik.


Maahad Abatasa ialah maahad di Cianjur untuk anak-anak perempuan belajar. Jumlah pelajar ialah 70 orang pelajar. Maahad ini diasuh oleh Ustadzah Tuti dan suaminya. Para pelajar yang belajar di maahad ini tidak dipungut biaya untuk santapan sehari-hari. Pengasas pesantren dibantu oleh penduduk setempat yang menyediakan makanan kepada santri yang tinggal di sana. Pelajar-pelajar di sini datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan, sebahagian daripada ibu bapa mereka bekerja sebagai pekerja di luar negara.




Tuan dan Puan, Asar Humanity ingin menjemput anda untuk menyara makanan berkhasiat untuk pelajar yatim tahfiz. Mereka tidak pernah meminta, niat mereka sebagai penuntut ilmu agama hanya tertumpu kepada mendapat keredhaan Allah dan mengamalkan ilmu dalam Al-Quran yang dipelajari. Mari kita menjadi sebahagian daripada perjuangan pembelajaran pelajar yatim tahfiz ini. Semoga Allah limpahkan keberkahan dan perlindungan untuk Tuan/Puan serta keluarga. Amin. 


Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki". (Saba' 34:39)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 06, 2022

Kempen Sumbangan Tamat