Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM370 / 3.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
29 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah, baru-baru ini ASAR Humanity bersama beberapa maahad telah memulakan projek ternakan ikan sebagai sumber makanan berterusan. Dari hanya 50kg benih ikan, kini kolam tersebut telah berkembang menjadi hampir 550kg ikan matang yang sedia untuk dimakan atau dijual. Ini adalah satu pencapaian besar dalam memastikan pelajar maahad mendapat bekalan makanan yang lebih berkhasiat.

Tujuan utama projek ini adalah untuk membantu maahad menjadi lebih berdikari, tidak hanya bergantung kepada sumbangan luar, tetapi juga mampu mengurus sendiri sumber makanan mereka.
Selain ikan, projek ini juga boleh diperluaskan kepada ternakan ayam dan pertanian sayuran. Dengan cara ini, maahad bukan sahaja dapat menjimatkan kos, tetapi juga menjamin bahawa anak-anak pelajar sentiasa mendapat makanan berkhasiat, khususnya sumber protein yang penting untuk tumbesaran.

Pada masa ini, ASAR Humanity bekerjasama dengan lebih daripada 50 maahad yang masih berjuang untuk menyediakan makanan yang mencukupi kepada pelajar dan anak-anak yatim. Kebanyakan mereka datang daripada keluarga berpendapatan rendah, namun menyimpan impian besar untuk berjaya di masa hadapan. Rasulullah SAW bersabda:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (HR. Ahmad)

Dengan menyumbang, anda bukan sahaja memberi makanan, tetapi juga peluang untuk anak-anak ini membesar dengan lebih sihat, kuat dan cerdas. Mari kita gandakan pahala dengan sadaqah jariyah ini dengan membantu lebih banyak maahad membangunkan projek makanan lestari, dan memastikan anak-anak ini mendapat hak mereka untuk hidup sihat, belajar dengan penuh semangat, serta menjadi generasi harapan ummah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 29, 2025