MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK SAUDARA DI BUMI PALESTIN

RM2,175 / 72.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

44 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Gaza memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman. Jom bantu mereka!


Saban hari tindakan pihak Zionis yang mengebom tanpa ada rasa belas kasihan telah menyebabkan banyak kemudahan rakyat khusunya di Gaza telah hancur dengan begitu dahsyat. Penduduk di Gaza hanya menngharapkan bantuan makanan dan minuman yang disalurkan melalui misi kemanusiaan sahaja berikutan pihak Zionis telah menyekat segala penyaluran bekalan asas tersebut di bumi Gaza.



Kanak-kanak dan wanita di Gaza, Palestin, adalah golongan yang paling terjejas oleh konflik berlarutan antara Israel dan Palestin. Mereka terpaksa hidup dalam keadaan yang penuh ketidakstabilan dengan akses yang terhad bekalan minyak, air bersih dan juga elektrik disekat oleh Israel. Ini merumitkan lagi keadaan di mana bantuan kemanusiaan disekat daripada disalurkan kepada penduduk Gaza.



Keadaan kedai yang hancur dibom oleh pihak Zionis menyebabkan bekalan makanan terputus

Ada di antara mereka yang terpaksa berlapar berhari-hari berikutan kurangnya bantuan makanan yang dapat masuk ke Gaza setiap hari. Oleh yang demikian bagi memastikan saudara kita di sana tidak akan terputus bekalan makanan dan minuman, ayuhlah bersama kita menyumbang agar sumbangan kita ini akan diberikan laluan mudah oleh Allah SWT bagi kita membeli makanan dan minuman untuk dihantar kepada saudara di bumi Gaza.

Keadaan yang sangat menggusarkan kita semua apabila setiap masa pasti akan ada bom yang dilancarkan oleh pihak Zionis. Infaqlah sedikit harta kita ini adalah peluang bagi kita semua untuk memberikan bantuan segera kepada mereka yang memerlukan dalam suasana krisis yang sukar.


Ini adalah tindakan kasih sayang dan kebajikan yang menunjukkan kepedulian dan kebersamaan kita dalam menghadapi krisis kemanusiaan. Kita mungkin tidak mampu untuk terlibat secara langsung mempertahankan tanah tersebut, namun diharap usaha kecil kita ini akan membantu meneruskan semangat mereka untuk mempertahankan bumi Palestin.


Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

SAHAZUBIR IDRIS

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Dec 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Dec 05, 2023

RADIN AINON BINTI RADIN YUSOP

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 03, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 30, 2023

Kempen Sumbangan Tamat