MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK SAUDARA DI BUMI PALESTIN FASA 2

RM3,610 / 51.57 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

67 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh rakyat Malaysia, saudara di Gaza memerlukan bantuan kecemasan terutamanya sokongan kewangan untuk bantuan makanan dan minuman. Jom bantu mereka!


Setelah gencatan senjata dilaksanakan, terdapat ruang untuk bantuan misi kemanusiaan masuk ke Gaza untuk memberikan harapan kepada rakyat yang terkesan di sana. Pihak kami tidak melepaskan peluang dengan melancarkan kempen ini yang di mana ianya telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan pada kempen fasa 1 di mana jumlah kutipan yang berjaya dikutip ialah sebanyak RM2,175 iaitu sebanyak 72.50% daripada sasaran kami iaitu sebanyak RM3000. 



Dengan sokongan padu daripada para dermawan di dalam ini, kami berhasrat untuk kita cukupkan RM10,000 dan sumbangan ini akan terus disalurkan kepada pihak yang kita yakin mereka akan menjalankan amanah yang pihak kami dan pihak para dermawan harapkan ianya sampai kepada saudara kita di Gaza kelak.



Sumbangan yang berterusan ini haruslah kita konsisten laksanakan kerana pada ketika ini, pihak Zionis terus membedil kawasan orang awam sehinggakan saban hari, jumlah yang meninggal dunia dan cedera terus meningkat. Biarlah dengan jihad kecil kita ini, ianya akan menjadi saksi di akhirat kelak yang kita tidak membiarkan saudara kita di Gaza bersendirian melawan musuh yang kejam tersebut.



Antara hasil sumbangan orang awam yang di amanahkan kepada Mercy Malaysia untuk agihkan bantuan di Gaza.

InshaAllah bantuan yang para dermawan sumbangkan akan turut diagihkan melalui Mercy Malaysia berikutan kami telah berhubung langsung dengan wakil mereka untuk kita selaraskan bantuan agar ianya benar-benar sampai kepada saudara kita di Gaza. 

Dengan sokongan dari masyarakat khususnya kita di Malaysia, kita dapat membantu mangsa di Gaza menghadapi cabaran yang sukar dan memberikan mereka harapan untuk pemulihan dan kehidupan yang lebih baik. Sumbangan kewangan anda adalah langkah penting ke arah membantu mereka yang sangat memerlukan. Terima kasih atas sokongan anda.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jan 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jan 18, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 17, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jan 17, 2024

RASIDAH BINTI ABD HAMID

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jan 13, 2024

Kempen Sumbangan Tamat