Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM220 / 2.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
9 Penyumbang
65 Baki Hari
Beberapa hari ini menjadi antara detik paling menyayat hati di rantau Asia Tenggara. Banjir besar dan tanah runtuh berlaku serentak di banyak negara, termasuk Malaysia, Indonesia, dan Filipina. Hujan lebat tidak berhenti, sungai melimpah, jalan tertutup, dan ribuan keluarga kini hidup dalam ketakutan dan kesedihan.

Di Indonesia sahaja, khususnya di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, air masih belum surut selepas hampir 3 hari. Ramai masih terperangkap di tingkat atas bangunan, menunggu bantuan. Dalam keadaan gelap, lapar dan basah, mereka hanya berharap ada makanan yang sampai kepada mereka.

Melihat keadaan yang sangat kritikal ini, pasukan kami sedang mengaktifkan pos kecemasan dan dapur darurat untuk menyediakan makanan panas kepada:
1. Mangsa banjir di kem pelarian
2. Keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan
3. Warga yang masih terperangkap di rumah & bangunan
4. Pasukan penyelamat serta pekerja pembersihan jalan yang tidak tidur sejak bencana berlaku

Namun, menyediakan 3 hidangan sehari untuk ribuan orang bukan sesuatu yang mudah. Di kawasan terjejas, bahan makanan habis atau rosak. Kami terpaksa membeli barang mentah dari daerah yang tidak terjejas, menyebabkan kos meningkat dua kali ganda. Walaupun begitu, kami tetap teruskan, kerana setiap pinggan makanan adalah harapan untuk mereka bertahan sehari lagi.

Alhamdulillah, setakat ini kami berjaya membuka 10 dapur darurat di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat. Tetapi dengan jumlah mangsa yang semakin meningkat, ia masih belum cukup.

Di saat ramai sedang berjuang untuk hidup, satu hidangan makanan boleh menjadi penyambung nyawa. Setiap ringgit yang anda hulurkan akan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
“Barangsiapa memberi makan kepada saudaranya yang lapar, Allah akan memberi makanan kepadanya dari buah-buahan syurga.”
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 05, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Dec 04, 2025
RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 04, 2025