ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 07, 2024

SEDEKAH MAKANAN HANGAT BERBUKA PUASA UNTUK KELUARGA MISKIN DI YAMAN

RM180 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hantarkan bekalan makanan asas untuk warga miskin di Yaman yang kelaparan agar dapat menjalankan ibadah puasa Ramadan!


Ketika kita menikmati berbuka puasa di tengah-tengah kemesraan keluarga dan rakan-rakan, berjuta-juta orang di Yaman terus berjuang untuk memenuhi keperluan asas mereka, terutamanya dalam keadaan konflik yang teruk.



Yaman, sebuah negara yang dilanda konflik berpanjangan, bukan sahaja mengalami penderitaan fizikal, tetapi juga penderitaan emosi dan ekonomi yang mendalam. Dengan puluhan ribu nyawa telah terkorban dan berjuta-juta lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka, keadaan ini telah mewujudkan krisis kemanusiaan yang memerlukan perhatian dan bantuan segera.



Di bandar Taizz, misalnya, penduduk terpaksa bertahan dalam keadaan yang sangat sukar. Mereka terpaksa bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk mendapatkan air bersih, dan makanan yang mereka terima selalunya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka, terutamanya untuk kanak-kanak yang sedang membesar.



Namun, kita berpeluang untuk melakukan perubahan positif dalam hidup mereka. Dengan menyediakan juadah berbuka puasa yang berkhasiat di bulan Ramadan ini, kita dapat memberi harapan dan kegembiraan kepada mereka yang sedang menderita. Setiap sumbangan, tidak kira berapapun, akan membuat perubahan besar dalam kehidupan mereka.



Mari kita satukan hati kita bersama-sama dan berikan sumbangan kita untuk mengurangkan penderitaan yang mereka alami. Dengan hanya RM10, kitaboleh menyediakan mereka dengan pakej juadah berbuka puasa yang merangkumi nasi, protein, jus, buah-buahan dan air minuman. Dengan cara ini, kita dapat membantu memastikan mereka tidak perlu khawatir makan dengan lauk apa ketika berbuka puasa di bulan Ramadan.



Jom kongsikan kemeriahan bulan Ramadhan bersama saudara-saudara kita yang memerlukan di Yaman. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kebaikan yang kita lakukan dan memberikan rahmat-Nya kepada kita dan keluarga kita. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

SARI HASSAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 08, 2024

Kempen Sumbangan Tamat