ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 08, 2023

SEDEKAH MAKANAN UNTUK PERSEDIAAN WARGA MISKIN YAMAN MENGHADAPI MUSIM SEJUK

RM920 / 30.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Musim sejuk yang boleh jadi membawa maut bagi keluarga miskin di Yaman. Jom teruskan sedekah pakej makanan musim sejuk untuk saudara kita di Yaman!


Bulan Ogos yang lepas, Asar Humanity berkunjung ke Sana'a, Yaman. Kesulitan bagi sebagian besar warga Yaman dalam menghadapi cabaran musim sejuk yang semakin meruncing. Asar Humanity terus bersatu dalam usaha menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas. Melancarkan kembali kempen bantuan musim sejuk yang berjaya membantu puluhan keluarga miskin di Yaman yang terpaksa menghadapi suhu beku dan kesukaran yang semakin meningkat. Kita mahukan kebaikan tidak berhenti.



Berkat sumbangan anda, Asar Humanity berjaya menghantar berpuluh-puluh bungkusan makanan asas dan keperluan dapur kepada keluarga yang memerlukan. Namun, realiti kehidupan di Yaman masih penuh dengan cabaran, dan masih ramai keluarga yang belum menerima bantuan ini. Bantuan yang diberikan bukan sahaja memberi kelegaan fizikal malah turut memberikan sentuhan kegembiraan kepada mereka yang sedang bergelut untuk terus hidup.



Musim sejuk di Yaman bukan sahaja membawa suhu beku tetapi juga memberikan cabaran ekonomi yang teruk. Lebih 17 juta rakyat Yaman kini hidup di bawah paras kemiskinan, dengan keperluan asas seperti makanan menjadi sukar dipenuhi. Kanak-kanak, wanita dan warga tua adalah golongan yang paling terdedah kepada kesan buruk musim sejuk ini, dan mereka memerlukan bantuan segera.




Asar Humanity sekali lagi menjemput orang ramai untuk bersama-sama dalam usaha memberikan kehangatan kasih sayang dan harapan kepada mereka yang mengalami kesusahan. Derma dalam apa jua akan membawa perubahan yang lebih baik dalam hidup mereka. Bermula daripada sumbangan serendah RM10, anda boleh membantu menyediakan pakej makanan dan keperluan asas kepada keluarga yang memerlukan di Yaman.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

RUSHDI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 15, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 15, 2023

MUHAMMAD TAUFIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat