ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 25, 2024

PAKEJ MAKANAN UNTUK PELAJAR MAAHAD TAHFIZ YATIM DAN DHUAFA

RM55 / 1.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersama ASAR Humanity, berikan pakej makanan berkhasiat untuk pelajar tahfiz yatim yang memerlukan.


Di sebalik kesenangan yang kita nikmati, terdapat ramai pelajar maahad tahfiz, anak yatim, dan dhuafa di pelosok Indonesia yang sedang berjuang menuntut ilmu dalam keadaan serba kekurangan. Mereka memikul amanah besar, mempelajari dan menghafal Al-Quran. Namun, banyak di antara mereka tidak mendapatkan makanan yang bergizi dan layak.



Malangnya, banyak maahad tahfiz memerlukan perhatian kita kerana para pelajar sering menghadapi kekurangan nutrisi yang penting untuk kesihatan dan kecerdasan mereka.


Tanpa makanan yang bergizi, mereka terdedah kepada masalah kesihatan yang mempengaruhi kemampuan mereka untuk belajar dan menghafal Al-Quran. Makanan yang bernutrisi bukan sahaja penting untuk tubuh mereka, tetapi juga membantu mereka untuk kekal fokus dan bersemangat dalam menuntut ilmu agama.



Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa memberi makan kepada seorang mukmin yang lapar, maka Allah akan memberinya makanan daripada buah-buahan syurga.” (HR. Tirmidzi)


Kesempatan ini adalah peluang untuk kita merebut pahala besar dengan membantu mereka yang sedang berjuang di jalan Allah. ASAR Humanity kini mengambil inisiatif untuk menyalurkan paket makanan bergizi kepada pelajar maahad tahfiz, anak yatim, dan dhuafa yang memerlukan.



Dengan sumbangan anda, insya-Allah kita dapat memastikan mereka mendapat makanan sihat untuk menyokong kesihatan fizikal dan mental, keperluan asas harian yang membantu mereka fokus dalam belajar serta keperluan asas harian yang membantu mereka fokus dalam belajar.


Setiap paket makanan yang kita sumbangkan bukan sahaja menyokong kehidupan mereka, tetapi juga menyokong perjuangan mereka dalam menjaga dan menyebarkan kalam Allah. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala anda dan menjadikan setiap kebaikan yang anda lakukan sebagai bekalan berharga di akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat