SEDEKAH MAKANAN BERBUKA PUASA RAMADAN UNTUK SAUDARA KITA DI YAMAN

Dianjurkan oleh:
ASAR HUMANITY
Dimulakan pada:
26 Feb, 2024
SEDEKAH MAKANAN BERBUKA PUASA RAMADAN UNTUK SAUDARA KITA DI YAMAN
9.00%
RM270
/RM3,000
15
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Jom hantarkan makanan hangat berkhasiat untuk warga miskin di Yaman yang tak mampu mendapatkan makanan berkhasiat bahkan di bulan Ramadan!

Memasuki akhir-akhir bulan Syaaban, sudah hampir bulan Ramadan, bulan yang sangat kita tunggu, tak terkecuali semua umat Islam di dunia. Ketika kita berbuka puasa dalam kemesraan keluarga dan rakan-rakan, berjuta-juta orang di Yaman terus berjuang untuk memenuhi keperluan asas mereka, terutamanya di tengah-tengah konflik yang berterusan.

Yaman, bukan sahaja mengalami penderitaan fizikal, tetapi juga penderitaan emosi dan ekonomi yang mendalam. Dengan puluhan ribu nyawa telah terkorban dan berjuta-juta lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka, keadaan ini telah mewujudkan krisis kemanusiaan yang memerlukan perhatian dan bantuan segera.

Di bandar Taizz misalnya, penduduk terpaksa bertahan dalam keadaan yang amat sukar. Mereka bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk mendapatkan air bersih, dan makanan yang mereka terima selalunya tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka, terutamanya untuk kanak-kanak yang paling terdedah kepada penyakit kurang gizi.

Di akhir bulan Syaaban ini, mari kita menanamkan benih amalan dengan bersedekah juadah berbuka puasa yang berkhasiat di bulan Ramadan ini, kita dapat memberi harapan dan kegembiraan kepada mereka yang ditimpa musibah. Ramadan ini kita maknai dengan berbagi keberkahan kepada sesama Muslim yang sedang berpuasa.

InshaAllah sedekah anda dapat menyediakan mereka dengan pakej berbuka puasa yang berisi nasi, protein, jus, buah-buahan dan air minuman. Dengan cara ini, kita dapat membantu memastikan mereka tidak perlu risau tentang makanan ketika berbuka puasa di bulan Ramadan. Sebelumnya sumbangan anda telah berjaya dihantarkan kepada saudara kita di Ma’rib dan Taiz. Jangan berhenti di sini! Ayuh kongsikan kehangatan bulan Ramadhan bersama saudara-saudara kita yang memerlukan di Yaman.

Semoga Allah SWT memberkati setiap kebaikan yang kita lakukan dan memberikan rahmatNya kepada kita dan keluarga kita. Amin.

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

21 Mar 2024

Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,

Alhamdulillah ala kulli haal. Hari ini kami ingin menyampaikan cerita penuh kegembiraan datang dari Yaman. Berkat ridho Allah SAW dan sokongan anda pada kempen makanan berkhasiat untuk saudara-saudara kita di Yaman, tim Asar Humanity berjaya mengagihkan pek iftar yang berisi nasi rempah, ayam golek, air mineral, dan apel. InshaAllah makanan hangat ini menjadi makanan yang lazat bertenaga untuk berbuka puasa bagi masyarakat miskin wilayah Al Mudhaffar, Alnuwr, Taiz, Yaman. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan.

Lihatlah betapa hidangan ayam golek sungguh menggembirakan mereka! Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan keberkatan yang berlipat ganda kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 07, 2024
RUSHDI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Mar 06, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Mar 01, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 29, 2024

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

BANTU PARA PEJUANG NAFKAH
Kempen Sumbangan Tamat