Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,337 / 44.57 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
30 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam keadaan peperangan dan sekatan yang berpanjangan, akses kepada makanan sihat semakin sukar. Ramai dalam kalangan saudara kita di Palestin, termasuk kanak-kanak, terpaksa hidup dalam kekurangan zat makanan dan kelaparan.
Palestin kini sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.

Hampir 1.6 juta rakyat Palestin kini mengalami masalah akses kepada makanan sihat dan seimbang. Di Gaza khususnya, sekatan ekonomi yang berterusan menyebabkan kebanyakan keluarga tidak mampu membeli makanan yang mencukupi. Situasi ini semakin memburuk apabila harga barang naik mendadak dan bekalan makanan terhad.
Dalam situasi ini, anak-anak Palestin adalah yang paling terkesan. Ramai di antara mereka tidak mendapatkan makanan yang cukup untuk tumbesaran yang sihat. Selain kelaparan, mereka juga terdedah kepada pelbagai penyakit kerana kekurangan nutrisi yang memadai. Sebagai saudara seakidah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.

"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri." (HR. Bukhari dan Muslim)
Oleh itu, ASAR Humanity menyeru kepada anda semua untuk menyertai program ini dengan bersedekah demi menyediakan Paket Makanan Sehat untuk saudara-saudara kita di Palestin.

Sedekah yang terkumpul akan digunakan untuk mengirimkan makanan sihat, makanan siap santap, serta makanan khusus untuk kanak-kanak di Palestin. Setiap derma yang kita berikan bukan sekadar menyelamatkan nyawa, tetapi juga menjadi jariah yang akan terus mengalir pahalanya, insya-Allah.

Bersamalah kita dalam usaha murni ini, dan jadikan sedekah anda sebagai tanda kasih sayang dan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin yang sedang bergelut dengan krisis pangan. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda atas setiap kebaikan yang kita lakukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Bangun Kembali Palestin!
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menyalurkan bantuan makanan untuk saudara-saudara kita di Palestin. Bantuan berupa roti telah diberikan kepada keluarga-keluarga Palestin yang tinggal di kawasan pengungsian.


Dengan sokongan para penderma, kami dapat mengirimkan bantuan makanan ini secara rutin. Semoga setiap sumbangan yang disalurkan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan memberikan kebahagiaan kepada saudara-saudara kita di Palestin.


Jom bersama-sama kita ringankan beban mereka!
https://sumbangan.com/sedekahrotibatch24
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
ASAR Humanity Team
#BuatBaik
#BangunKembaliPalestin
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 28, 2024
NORAZLINA BINTI AZMI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 27, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 21, 2024
MUHAMAD IZZUAN BIN BAHARUDIN
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 20, 2024
NORAZLINA BINTI AZMI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 20, 2024