ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 03, 2025

HANTARKAN MAKANAN SIAP SANTAP BAGI ANAK ANAK GAZA

RM135 / 2.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

12 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Beri makan anak-anak Palestin bersama ASAR Humanity. Hulurkan bantuan, selamatkan masa depan mereka.


Dalam keadaan peperangan dan sekatan yang berpanjangan, akses kepada makanan sihat semakin sukar. Ramai dalam kalangan saudara kita di Palestin, termasuk kanak-kanak, terpaksa hidup dalam kekurangan zat makanan dan kelaparan. Palestin kini sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.



Hampir 1.6 juta rakyat Palestin kini mengalami masalah akses kepada makanan sihat dan seimbang. Di Gaza khususnya, sekatan ekonomi yang berterusan menyebabkan kebanyakan keluarga tidak mampu membeli makanan yang mencukupi. Situasi ini semakin memburuk apabila harga barang naik mendadak dan bekalan makanan terhad.



Dalam situasi ini, anak-anak Palestin adalah yang paling terkesan. Ramai di antara mereka tidak mendapatkan makanan yang cukup untuk tumbesaran yang sihat. Selain kelaparan, mereka juga terdedah kepada pelbagai penyakit kerana kekurangan nutrisi yang memadai. Sebagai saudara seakidah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.


"Tidak sempurna iman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri." (HR. Bukhari dan Muslim)


Oleh itu, ASAR Humanity menyeru kepada anda semua untuk menyertai program ini dengan bersedekah demi menyediakan Paket Makanan Sehat untuk saudara-saudara kita di Palestin.



Sedekah yang terkumpul akan digunakan untuk mengirimkan makanan sihat, makanan siap santap, serta makanan khusus untuk kanak-kanak di Palestin. Setiap derma yang kita berikan bukan sekadar menyelamatkan nyawa, tetapi juga menjadi jariah yang akan terus mengalir pahalanya, insya-Allah.



Bersama kita dalam usaha murni ini, dan jadikan sedekah anda sebagai tanda kasih sayang dan sokongan kepada saudara-saudara kita di Palestin yang sedang bergelut dengan krisis bahan masak. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda atas setiap kebaikan yang kita lakukan.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 03, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 25, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 13, 2025

Kempen Sumbangan Tamat