ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Nov 27, 2025

JANGAN BIARKAN MANGSA BENCANA BANJIR KELAPARAN

RM330 / 2.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

14 Penyumbang

70 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Satu pinggan makanan dan seteguk air boleh menjadi harapan di saat paling gelap. Jom bantu mereka!


Di seluruh dunia, hujan lebat dan cuaca ekstrem sedang membawa bencana. Banyak kawasan kini lumpuh akibat banjir besar yang meragut tempat tinggal, merosakkan harta benda dan memaksa ribuan keluarga berpindah ke pusat perlindungan sementara. Di Aceh dan Sumatera Barat sahaja, lebih 150 keluarga terjejas. Air naik begitu cepat sehingga menenggelamkan rumah hampir ke bahagian bumbung. Ada yang tidak sempat menyelamatkan apa-apa pun,  hanya diri dan keluarga.



Melihat keadaan yang sangat kritikal ini, pasukan kami bersama sukarelawan telah membina Dapur Kecemasan bagi menyediakan makanan panas setiap hari. Di ketika semua orang bergelut mencari tempat selamat, makanan dan air bersih menjadi keperluan paling mendesak. Ramai mangsa kini tinggal di dalam khemah, dalam keadaan sejuk, letih dan trauma. Dalam masa yang sama, pasukan penyelamat dan sukarelawan masih bekerja tanpa henti untuk memindahkan mangsa, membersihkan kawasan dan membawa bantuan.



Di saat begini, sekecil apa pun bantuan kita boleh menyelamatkan nyawa. Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda untuk bersama membantu:


1. Makanan panas untuk mangsa & sukarelawan

2. Air minuman bersih untuk yang terpaksa bertahan di pusat perlindungan

3. Hygiene kit untuk menjaga kesihatan di tempat banjir

4. Ubat-ubatan asas & rawatan kecemasan

5. Keperluan harian seperti selimut, lampu, pakaian & lampin



Setiap sumbangan anda adalah penguat semangat untuk mereka yang sedang diuji. Setiap RM10 boleh mengisi perut yang lapar. Setiap RM20 boleh menyediakan air untuk satu keluarga.



Bersama Kita Selamatkan Mereka


Ketika dunia dilanda bencana, kita masih punya peluang untuk menjadi cahaya bagi mereka yang tenggelam dalam kesusahan. Mari kita berdiri bersama mereka yang sedang menghadapi masa paling sukar dalam hidup mereka. Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan seribu keberkatan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 28, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 28, 2025

SHAZANA AKMA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 27, 2025